Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.di.ri] | برديري

Definisi : 1. tegak di atas kaki, tidak ber­­baring (duduk, mencangkung, dsb), bangkit dan tegas: setelah khutbah selesai dibaca, maka masing-masing pun ~ utk ber­sem­bahyang; kami terpaksa ~ sahaja dlm dewan itu kerana kerusi yg disediakan tidak men­cukupi; 2. (telah) diadakan atau di­tubuhkan (bkn negara, pertubuhan, dll), telah ada: DBP sudah ~ sejak tahun 1956 lagi; 3. = ~ atas ber­­dasarkan, berasaskan, (ber­gantung, bersan­dar) pd: berjaya tidaknya rancangan yg baru itu ~ atas sokongan yg diterima drpd orang ramai; ~ atas kaki sendiri tidak bergantung pd orang lain; 4. = ~ atas = ~ drpd berasal (ber­mula, terbitnya, terjadi) drpd; ~ di belakang (pemerintah) menyokong atau berpihak (kpd pemerintah); ~ (bertegak) lutut duduk dgn lutut didirikan (ditegakkan); ~ sendiri tidak bergantung pd orang lain; ~ sama tegak, duduk sama rendah prb sama setaraf, sejajar dgn; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.di.ri] | برديري

Definisi : 1 bangkit dan tegak di atas kaki (tidak duduk, tidak baring dll): Murid-murid semua ~ apabila guru masuk. 2 tegak (sama ada ditanam atau disokong, ditopang dll). 3 (telah) ditubuhkan; (telah) ada: MARA telah ~ sejak tahun 1965 lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdiri

Puisi
 

Timah peteri dengan besi,
     Dicantum dengan paku Belanda;
Hukum berdiri dengan saksi,
     Adat berdiri dengan tanda.


Lihat selanjutnya...(36)
Peribahasa

Kuat berdiri pohon kerana akarnya,
     kuat akar kerana tanah.

Bermaksud :

Kekuatan sebuah kerajaan kerana orang besar-besarnya, kekuatan orang besar-besar kerana rakyatnya yang bersatu padu.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tonjek[ton.dZe]kata kerjaberdiri di hujung jari kaki.Ce tonjek siket ambek buku ataih rak.[tS« ton.dZe si.ket Am.be bu.ku A.tAC ÄA]Cuba tonjek sedikit ambilkan buku di atas rak tu.
tukih[tu.kih]kata namabinaan pada kayu di pangkal pokok tempat penebang berdiri untuk menebang pokok; penuang.Kayu tukih kene ade kalu nok tebang pokok beso.[kA.ju tu.kih k«.n« A.d« kA.lu no/ t«.bAN p.k/ b«.s]Kayu tukih mestilah ada kalau hendak menebang pokok yang besar.
penuang[p«.nu.AN]kata namabinaan pada kayu di pangkal pokok tempat penebang berdiri untuk menebang pokok; tukih.Penuang kene ade kalu nok tebang pokok beso.[p«.nu.AN k«.n« A.d« kA.lu no/ t«.bAN p.k/ b«.s]Penuang perlu ada kalau hendak menebang pokok besar.
kohot[k.hot]kata adjektiflenguh.Koi kohot diri lame tunggu baih.[koj k.hot di.Äi lA.m« tuN.gu bAC]Saya lenguh berdiri lama menunggu bas.
cope I[tSo.pe]kata adjektifberkenaan seseorang atau alat yang berada di tepi atau di bahagian hujung sesuatu, condek.Jangan bediri cope kat pintu, kang jatoh.[dZA.NAn b«.di.Äi tSo.pe kAt pin.tu kAN dZA.toh]Jangan berdiri di tepi pintu, nanti jatuh.
senyo[s«.ø]kata adjektifsengal atau lenguh seperti sakit sendi dan tulang.Pak Mat tok boleh bediri lama, betis cepat senyo.[pA mAt t bo.leh b«.di.Äi lA.m« b«.tis tS«.pAt s«.ø]Pak Mat tidak boleh berdiri lama kerana betis cepat terasa lenguh.

Kembali ke atas