Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.di.ri] | برديري

Definisi : 1. tegak di atas kaki, tidak ber­­baring (duduk, mencangkung, dsb), bangkit dan tegas: setelah khutbah selesai dibaca, maka masing-masing pun ~ utk ber­sem­bahyang; kami terpaksa ~ sahaja dlm dewan itu kerana kerusi yg disediakan tidak men­cukupi; 2. (telah) diadakan atau di­tubuhkan (bkn negara, pertubuhan, dll), telah ada: DBP sudah ~ sejak tahun 1956 lagi; 3. = ~ atas ber­­dasarkan, berasaskan, (ber­gantung, bersan­dar) pd: berjaya tidaknya rancangan yg baru itu ~ atas sokongan yg diterima drpd orang ramai; ~ atas kaki sendiri tidak bergantung pd orang lain; 4. = ~ atas = ~ drpd berasal (ber­mula, terbitnya, terjadi) drpd; ~ di belakang (pemerintah) menyokong atau berpihak (kpd pemerintah); ~ (bertegak) lutut duduk dgn lutut didirikan (ditegakkan); ~ sendiri tidak bergantung pd orang lain; ~ sama tegak, duduk sama rendah prb sama setaraf, sejajar dgn; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.di.ri] | برديري

Definisi : 1 bangkit dan tegak di atas kaki (tidak duduk, tidak baring dll): Murid-murid semua ~ apabila guru masuk. 2 tegak (sama ada ditanam atau disokong, ditopang dll). 3 (telah) ditubuhkan; (telah) ada: MARA telah ~ sejak tahun 1965 lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdiri

Puisi
 

Timah peteri dengan besi,
     Dicantum dengan paku Belanda;
Hukum berdiri dengan saksi,
     Adat berdiri dengan tanda.


Lihat selanjutnya...(36)
Peribahasa

Kuat berdiri pohon kerana akarnya,
     kuat akar kerana tanah.

Bermaksud :

Kekuatan sebuah kerajaan kerana orang besar-besarnya, kekuatan orang besar-besar kerana rakyatnya yang bersatu padu.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
POSTUR

Postur ialah kedudukan tubuh seseorang ketika

berdiri atau duduk. Postur ditentukan oleh

keupayaan seseorang mengekalkan keseimbangan

terhadap daya graviti, yang menarik tubuh secara

berterusan ke bawah. Tindakan sesetengah otot

tertentu mengekalkan tubuh supaya tegak lurus.

Otot ini termasuk otot yang menahan belakang,

pinggul dan lutut daripada bengkok.

Disebabkan oleh tindakan tolak ansur dengan

tarikan graviti dan juga tindakan otot, maka postur

ialah keadaan yang dinamik dan sentiasa berubah.

UMUM 
NADIR

Nadir ialah titik di angkasa yang betul-betul berada

di atas kepala seseorang yang berdiri. Bagi

seseorang pemerhati di bumi, langit kelihatan

seperti separuh kubah dengan bahagian tepinya

membentuk satu bulatan besar yang terletak di atas

permukaan bumi yang rata. Bayangkan satu garisan

ladung tergantung dari bahagian pusat kubah ini,

betul-betul di atas kepala anda, dan melalui pusat

bumi ke angkasa sehingga ke titik pusat separuh

kubah yang tidak kelihatan itu yang terletak di

bawah bumi. Kedua-dua titik yang menandakan

penghujung garisan ladung yang kita bayangkan

tadi, ialah zenit dan nadir. Titik-titik ini ialah kutub

bagi ufuk, dan setiap satunya berkedudukan 90°

darjah dari ufuk tersebut. Lihat juga Zenit.

UMUM 
ZENIT

Zenit, dalam ilmu astronomi, ialah titik di langit

yang terletak tepat di atas seseorang yang berdiri

di permukaan bumi. Zenit terletak pada sfera

samawi, tetapi kedudukannya berbanding dengan

kedudukan bintang bergantung pada kedudukan

geografi orang itu.

UMUM 
STATUE OF LIBERTY

Statue of Liberty, salah sebuah mercu tanda

yang terkenal di Amerika Syarikat. Ia terletak di

New York City. Mercu tanda ini merupakan

sebuah arca tembaga yang berdiri megah di Pulau

Liberty. Kedudukannya ialah di jalan masuk ke

Pelabuhan New York. Patung seorang perempuan

berjubah yang memegang obor ini sangat terkenal

dan ia adalah salah sebuah patung terbesar yang

pernah dibina. Nama lengkap patung ini ialah

Liberty Enlightening the World.

UMUM 
ATAKSIA

Ataksia ialah ketiadaan koordinasi pada otot.

Ketiadaan ini merupakan simptom kerosakan pada

bahagian sistem saraf pusat. Ataksia lokomotor

melibatkan ketiadaan imbangan atau keseimbangan.

Penghidap ataksia lokomotor harus berdiri di tapak

yang lebar dengan mata terbuka. Jika tidak berbuat

demikian, dia akan bergoyang-goyang malah akan

rebah. Goyangan itu akan bertambah kuat jika dia

memejamkan matanya.

UMUM 
SOLAT

Solat dari segi bahasa bermaksud doa. Manakala

dari segi syarak pula adalah percakapan, perbuatan

yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan

salam. Ia satu ibadah yang diketahui tentang rukun,

sujud, berdiri dan membaca ayat-ayat yang mudah

daripada al-Qur’an.

UMUM 
ANTIPOD

Antipod ialah dua tempat yang betul-betul

bertentangan kedudukannya antara satu dengan

yang lain pada glob. Kata ini asalnya kata Yunani

yang bermaksud kaki ke kaki . Dua orang yang

berdiri di antipod akan bertemu tapak kaki masing-

masing. Kawasan yang terletak di sekitar Australia

dan New Zealand biasanya dikenal sebagai

antipod. Orang Inggeris adalah yang mula-mula

sekali menggunakan istilah antipod kerana kedua-

dua negara itu terletak hampir bertentangan

dengan England.

UMUM 
PLANETARIUM

Planetarium ialah peranti yang menunjukkan

perubahan kedudukan matahari, bulan, bintang, dan

planet dengan cara mengunjurkan cahaya ke dalam

kubah. Bangunan yang mengandungi peranti ini

dikenali sebagai planetarium. Bangunan ini dapat

berdiri sendiri atau merupakan sebahagian daripada

bangunan muzium, sekolah, atau universiti.

Perkataan planetarium juga membawa erti peranti

yang menunjukkan pergerakan planet mengelilingi

matahari.

UMUM 
ALLOSAURUS

Allosaurus ialah dinosaur besar karnivor yang

hidup lebih kurang 150 juta tahun dahulu.

Allosaurus hidup di bahagian barat Amerika

Syarikat. Haiwan ini membesar sehingga lebih

kurang 11 meter panjang, berdiri lebih kurang dua

meter tinggi pada bahagian pinggul, dan beratnya

lebih kurang 1.8 tan metrik.

UMUM 
PERGERAKAN

Pergerakan terjadi apabila sesuatu objek bertukar

tempat di dalam ruang. Pergerakan ialah istilah

bandingan dan bukannya istilah mutlak. Sesuatu

objek berkemungkinan berada dalam pergerakan

bagi sesuatu objek lain tetapi berkemungkinan juga

pegun bagi objek ketiga. Contohnya, andaikan anda

sedang menaiki kereta api dan melewati seseorang

yang sedang berdiri di tepi landasan. Orang yang

berdiri di tepi landasan akan melihat anda dan

penumpang lain di atas kereta api seperti sedang

bergerak, tetapi penumpang yang duduk di sebelah

anda di dalam kereta api sebenarnya duduk tetap

pada pandangan anda.

UMUM 
12

Kembali ke atas