Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.di.ri] | برديري

Definisi : 1. tegak di atas kaki, tidak ber­­baring (duduk, mencangkung, dsb), bangkit dan tegas: setelah khutbah selesai dibaca, maka masing-masing pun ~ utk ber­sem­bahyang; kami terpaksa ~ sahaja dlm dewan itu kerana kerusi yg disediakan tidak men­cukupi; 2. (telah) diadakan atau di­tubuhkan (bkn negara, pertubuhan, dll), telah ada: DBP sudah ~ sejak tahun 1956 lagi; 3. = ~ atas ber­­dasarkan, berasaskan, (ber­gantung, bersan­dar) pd: berjaya tidaknya rancangan yg baru itu ~ atas sokongan yg diterima drpd orang ramai; ~ atas kaki sendiri tidak bergantung pd orang lain; 4. = ~ atas = ~ drpd berasal (ber­mula, terbitnya, terjadi) drpd; ~ di belakang (pemerintah) menyokong atau berpihak (kpd pemerintah); ~ (bertegak) lutut duduk dgn lutut didirikan (ditegakkan); ~ sendiri tidak bergantung pd orang lain; ~ sama tegak, duduk sama rendah prb sama setaraf, sejajar dgn; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.di.ri] | برديري

Definisi : 1 bangkit dan tegak di atas kaki (tidak duduk, tidak baring dll): Murid-murid semua ~ apabila guru masuk. 2 tegak (sama ada ditanam atau disokong, ditopang dll). 3 (telah) ditubuhkan; (telah) ada: MARA telah ~ sejak tahun 1965 lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdiri

Puisi
 

Timah peteri dengan besi,
     Dicantum dengan paku Belanda;
Hukum berdiri dengan saksi,
     Adat berdiri dengan tanda.


Lihat selanjutnya...(36)
Peribahasa

Kuat berdiri pohon kerana akarnya,
     kuat akar kerana tanah.

Bermaksud :

Kekuatan sebuah kerajaan kerana orang besar-besarnya, kekuatan orang besar-besar kerana rakyatnya yang bersatu padu.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTetak nipah susunnya nipah, Tetak kumati berdiri-diri; Duduk susah berdiri susah, Memikirkan badanku tinggal sendiri.
Kurik Kundi Merah SagaTimah peteri dengan besi, Dicantum dengan paku Belanda; Hukum berdiri dengan saksi, Adat berdiri dengan tanda.
Kurik Kundi Merah SagaDuduk galah berdiri galah, Galah memusing haluan perahu; Duduk salah berdiri salah, Hatiku runsing abang tak tahu.
Kurik Kundi Merah SagaDuduk galah berdiri galah, Galah memusing haluan perahu; Duduk salah berdiri salah, Hatiku runsing orang tak tahu.
Kurik Kundi Merah SagaGantung kelambu tinggi berdiri, Tempat gajah melonggok tulang; Adik takut undurlah diri, Biarlah saya mati seorang.
Kurik Kundi Merah SagaApa disesal kayu berdiri, Tiada rebah tiada berguna; Apa disesal semahu diri, Sial tuah sial hujungnya.
Kurik Kundi Merah SagaWaktu zuhur matahari berdiri, Tanamlah kapas di lamanlah raja; Jikalau mashyur hamba di sini, Janganlah lepas sebaranglah pada.
Kurik Kundi Merah SagaTetak mengkuang sambil berdiri, Mari diikat akar mempelas; Kalau tuan menyerah diri, Kami terima dengan ikhlas.
Kurik Kundi Merah SagaNasi kunyit tinggi berdiri, Mari makan di atas meja; Dari jauh hamba ke mari, Untuk berjumpa sahabat semata.
Kurik Kundi Merah SagaBulan hulur matahari berdiri, Tanam kapas di laman raja; Sudah masyhur saya di sini, Saya tidak lepas sahaja.
1234

Kembali ke atas