Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.di.ri] | برديري

Definisi : 1. tegak di atas kaki, tidak ber­­baring (duduk, mencangkung, dsb), bangkit dan tegas: setelah khutbah selesai dibaca, maka masing-masing pun ~ utk ber­sem­bahyang; kami terpaksa ~ sahaja dlm dewan itu kerana kerusi yg disediakan tidak men­cukupi; 2. (telah) diadakan atau di­tubuhkan (bkn negara, pertubuhan, dll), telah ada: DBP sudah ~ sejak tahun 1956 lagi; 3. = ~ atas ber­­dasarkan, berasaskan, (ber­gantung, bersan­dar) pd: berjaya tidaknya rancangan yg baru itu ~ atas sokongan yg diterima drpd orang ramai; ~ atas kaki sendiri tidak bergantung pd orang lain; 4. = ~ atas = ~ drpd berasal (ber­mula, terbitnya, terjadi) drpd; ~ di belakang (pemerintah) menyokong atau berpihak (kpd pemerintah); ~ (bertegak) lutut duduk dgn lutut didirikan (ditegakkan); ~ sendiri tidak bergantung pd orang lain; ~ sama tegak, duduk sama rendah prb sama setaraf, sejajar dgn; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.di.ri] | برديري

Definisi : 1 bangkit dan tegak di atas kaki (tidak duduk, tidak baring dll): Murid-murid semua ~ apabila guru masuk. 2 tegak (sama ada ditanam atau disokong, ditopang dll). 3 (telah) ditubuhkan; (telah) ada: MARA telah ~ sejak tahun 1965 lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdiri

Puisi
 

Timah peteri dengan besi,
     Dicantum dengan paku Belanda;
Hukum berdiri dengan saksi,
     Adat berdiri dengan tanda.


Lihat selanjutnya...(36)
Peribahasa

Kuat berdiri pohon kerana akarnya,
     kuat akar kerana tanah.

Bermaksud :

Kekuatan sebuah kerajaan kerana orang besar-besarnya, kekuatan orang besar-besar kerana rakyatnya yang bersatu padu.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
di bawah lengkung memberikan nilai kerja yang dilakukan oleh aci engkol. (FIZ) crawl space (ruang rangkak) Ruang yang terdapat di bawah lantai rumah atau lantai bangunan yang tidak membolehkan seseorang berdiri tegak apabila berada di bawahnya. (KEJ) Cray (Cray) Jenama superkomputer yang mampu memproses satu bilion suruhan sesaat. (KOM) crazing (retak halus) Jaringan retak halus yang terdapat di atas atau di membran hanya bertindak sebagai bahan pemisah lengai kepada bahan tindak balas dan produk tertentu sahaja. (KEJ) infant (bayi) Anak yang berumur di bawah 24 bulan atau yang dianggap sudah dapat berdiri tegap, iaitu dalam lingkungan 12 bulan hingga 14 bulan. (UBAT) infantile arteriosclerosis (arteriosklerosis infantil) Sklerosis hiperplastik selerak pada arteri bayi dan kanak-kanak yang disebab- kan nefritis kronik dan sifilis

Kembali ke atas