Hukum berdiri dengan sakti, adat berdiri dengan tanda. | Undang-undang agama kuat dengan keterangan-keterangan lisan, undang-undang adat kuat dengan tanda-tanda bukti. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kuat berdiri pohon kerana akarnya, kuat akar kerana tanah. | Kekuatan sebuah kerajaan kerana orang besar-besarnya, kekuatan orang besar-besar kerana rakyatnya yang bersatu padu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pendusta berdiri tiada berkaki. | Tiap-tiap yang dusta itu lambat laun akan terbuka juga rahsianya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Guru kencing berdiri, murid kencing berlari. | Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tiga sudah berdiri habis. | Sesuatu perbuatan itu memadailah dengan tiga perbandingan iaitu: ilmu, akal, dan mahir. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. | Sama setaraf. (Peribahasa lain yang sama makna: Duduk sama rendah, berdiri [= tegak] sama tinggi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Duduk sama rendah, berdiri (= tegak) sama tinggi. | Sama setaraf. (Peribahasa lain yang sama makna: Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau guru makan berdiri, maka muridnya makan berlari. | Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian, b. Guru kencing berdiri, murid kencing berlari). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian. | Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Guru kencing berdiri, murid kencing berlarian, b. Kalau guru makan berdiri, maka muridnya makan berlari). anak sasian = murid. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bersunting bunga keduduk: berdiri tak sama tinggi, duduk tak sama rendah. | Suami isteri yang tidak sama derajat (darjat) keturunannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |