Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.di.ri] | برديري

Definisi : 1. tegak di atas kaki, tidak ber­­baring (duduk, mencangkung, dsb), bangkit dan tegas: setelah khutbah selesai dibaca, maka masing-masing pun ~ utk ber­sem­bahyang; kami terpaksa ~ sahaja dlm dewan itu kerana kerusi yg disediakan tidak men­cukupi; 2. (telah) diadakan atau di­tubuhkan (bkn negara, pertubuhan, dll), telah ada: DBP sudah ~ sejak tahun 1956 lagi; 3. = ~ atas ber­­dasarkan, berasaskan, (ber­gantung, bersan­dar) pd: berjaya tidaknya rancangan yg baru itu ~ atas sokongan yg diterima drpd orang ramai; ~ atas kaki sendiri tidak bergantung pd orang lain; 4. = ~ atas = ~ drpd berasal (ber­mula, terbitnya, terjadi) drpd; ~ di belakang (pemerintah) menyokong atau berpihak (kpd pemerintah); ~ (bertegak) lutut duduk dgn lutut didirikan (ditegakkan); ~ sendiri tidak bergantung pd orang lain; ~ sama tegak, duduk sama rendah prb sama setaraf, sejajar dgn; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.di.ri] | برديري

Definisi : 1 bangkit dan tegak di atas kaki (tidak duduk, tidak baring dll): Murid-murid semua ~ apabila guru masuk. 2 tegak (sama ada ditanam atau disokong, ditopang dll). 3 (telah) ditubuhkan; (telah) ada: MARA telah ~ sejak tahun 1965 lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdiri

Puisi
 

Timah peteri dengan besi,
     Dicantum dengan paku Belanda;
Hukum berdiri dengan saksi,
     Adat berdiri dengan tanda.


Lihat selanjutnya...(36)
Peribahasa

Kuat berdiri pohon kerana akarnya,
     kuat akar kerana tanah.

Bermaksud :

Kekuatan sebuah kerajaan kerana orang besar-besarnya, kekuatan orang besar-besar kerana rakyatnya yang bersatu padu.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
corak berdiricorak berdiriKesenianTiadaCorak tembikar berunsur geometri berbentuk garis tegak berdiri.
potong wajik berdiripotong wajik berdiriKesenianTiadaCorak tekat berunsur geometri yang mengambil bentuk potongan kuih wajik secara berdiri.
kelarai berdirikelarai berdiriKesenianTiadaCorak anyaman berunsur geometri berbentuk garis berjalur tegak yang dianyam dengan langkah selang satu. kelarai sinunsulit awas
ananastasiaananastasiaPerubatanTiadaKeadaan apabila pengidap tidak dapat bangkit berdiri, atau tidak dapat berdiri.
standing shotjaringan berdiriSukanTiadaMenjaring bola sambil berdiri.
standing throwlontar berdiriSukanTiadaGaya lontaran sambil berdiri yang dibuat dalam semua acara lontaran.
free-standingberdiri bebasKesenianSeni BinaBerkaitan dengan sesuatu struktur atau elemen struktur yang mampu menanggung bebannya sendiri dan tidak bersandar kepada struktur binaan lain untuk ditegakkan. Contohnya, tiang bendera yang berdiri sendiri dan tidak memerlukan struktur lain untuk menyokongnya tegak.
proverbial phraseperibahasa prosaKesusasteraanTiadaPeribahasa yang panjang bentuknya biasanya dipakai oleh lingkungan yang beradat seperti trombo bagi masyarakat Minangkabau. Contoh: Hidup dikandung adat; Mati dikandung tanah. Hutang darah dibalas darah; Hutang nyawa nyawa padahnya. Hukum berdiri dengan saksi; Adat berdiri dengan tanda. Siapa menjala siapa terjun; Siapa berhutang siapa membayar; Siapa membunuh siapa kena bunuh. [Puisi Tradisional Harun Mat Piah hlm. 425]
antigravity musclesotot antigravitiSains SukanBiomekanikOtot yang menentang daya graviti semasa postur badan dalam keadaan berdiri. Otot antigraviti berperanan dalam memastikan tubuh dalam keadaan tegak atau dalam keseimbangan postur. Contohnya, semasa dalam keadaan berdiri tegak, antara otot antigraviti yang terlibat ialah otot gastroknemius dan otot soleus (tumit), otot kuadriseps femoralis (paha) dan otot gluteus maksimus (pinggul).
match boardberdiri)KejuruteraanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas