Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.di.si.plin] | بردسيڤلين

Definisi : patuh (taat) pd (peraturan dll): tentera meriam Portugis yg ~ itu berjaya memusnahkan askar Melaka; kejayaan se­suatu usaha yg dilakukan bergantung pd kum­pulan pekerja yg cekap, berdedikasi dan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.di.si.plin] | بردسيڤلين

Definisi : menurut atau mengikut tatatertib (peraturan, undang-undang dll): Pegawai-pegawai polis itu ~ walaupun mereka di luar pejabat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdisiplin


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat berikut betul? 1. Agama saya ialah Islam. 2. Saya seorang rakyat Malaysia. 3. Dia seorang yang berdisiplin. Terima kasih.Ketiga-tiga ayat tersebut adalah betul.Lain-lain20.10.2014
ASKUM.......SAYA INGIN MENGETAHUI DENGAN LEBIH LANJUT TENTANG ISTILAH MODL INSANModal insan ialah tenaga manusia yang berpengetahuan, berdisiplin dan berakhlak. Modal insan merupakan faktor penting dalam pembangunan negara. Pembinaan modal insan bermula daripada aspek pendidikan, kemahiran dan agama serta akhlak yang baik. Sila rujuk rencana-rencana yang berkaitan perkara ini dalam akhbar perdana.Makna07.04.2007
Saya ingin bertanya,adakah ayat di bawah ini betul?Terima kasih. Murid-murid beratur di kantin sekolah untuk membeli makanan dengan berdisiplinnya.Ayat yang betul ialah Murid-murid beratur di kantin sekolah untuk membeli makanan dengan berdisiplin atau Murid-murid berdisiplin dengan beratur untuk membeli makanan di kantin sekolah. Tatabahasa20.10.2014
Sebaliknya, faktor kekurangan kerjasama antara guru-guru dan ibu bapa dalam menerapkan pendidikan amalan penjagaan kebersihan kepada kanak-kanak dan membentuk kanak-kanak yang berdisiplin untuk mengamalkan kebersihan di rumah mahupun di sekolah sejak mereka kecil lagi boleh menyebabkan berlakunya situasi dalam rajah pertama. Hal ini dikatakan demikian kerana sesetengah ibu bapa terlalu bergantung pada guru sekolah untuk memberikan pendidikan tentang amalan menjaga kebersihan diri dan persekitaran kepada anak-anak mereka, di samping melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan berterusan kebersihan kanak-kanak. Tanpa mengamalkan amalan kebersihan di rumah, kanak-kanak tidak akan berjaya membiasakan diri untuk mengamalkan penjagaan kebersihan diri dan persekitaran mereka. Secara akibatnya, keadaan dalam dan persekitaran rumah akan kelihatan seperti rajah pertama yang menunjukkan ketidakpedulian atau ketidaksefahaman tentang kepentingan menjaga kebersihan persekitaran. Adakah ayat-ayat di atas gramatis dan tidak ada kesalahan struktur ayat serta tatabahasa.

Hal ini demikian kerana sesetengah ibu bapa terlalu bergantung pada guru sekolah untuk memberikan pendidikan tentang amalan menjaga kebersihan diri dan persekitaran kepada anak-anak mereka.

Untuk ayat yang seterusnya, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014) halaman 432 - 575.
Tatabahasa01.12.2023
adakah penggunaan perkataan "kondusif" di dalam teks ini adalah tepat? "Membudayakan persekitaran yang bersih, selesa, selamat serta kondusif dapat menggalakkan warga klinik berkerja dalam suasana yang ceria, bersatu- padu, berdisiplin dan berupaya meningkatkan kualiti perkhidmatan disamping menaikkan imej organisasi / jabatan".

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kondusif ialah sesuai, baik dsb utk membantu, mencapai atau mendorong menghasilkan sesuatu. Oleh itu istilah ini boleh digunakan dan sesuai dengan ayat yang saudara sertakan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kesalahan ejaan dalam contoh ayat yang diberikan, iaitu berkerja sepatutnya bekerja, bersatu-padu sepatutnya bersatu padu (tiada tanda sempang), disamping sepatutnya di samping

Istilah08.06.2009
Apakah asas yang terbaik untuk menjadi seorang Penyunting? Di Brunei Darussalam, rasanya belum ada manual penyuntingan yang kukuh. Cuma yang ada hanyalah rujukan ke Kamus Dewan Edisi III & IV, Kamus Bahasa Nusantara, Gaya Dewan. Di DBP BD misalnya,ada tiga buah cawangan di bawah Unit Penyuntingan. 1. Buku Cerita Bergambar - untuk Kanak-kanak 2. Buku Ilmiah dan Umum 3. Buku Sastera Senior saya ada mengatakan untuk menjadi Penyunting kena kreatif dan MESTI berpandukan pada asas seperti di atas. Saya, berpandukan Gaya Dewan,Sintaksis, Morfologi dan Tatabahasa Dewan. Apakah ada kekurangan dari gaya penyuntingan saya. Mohon bantuanSecara umum, perkara asas untuk menjadi seorang penyunting ialah penguasaan dan pengetahuan dalam bahasa, bidang dan peringkat bahan yang hendak disunting. Penyunting yang bagus dan kreatif terbina melalui pengalaman dan sifat semula jadi, yang antaranya termasuklah minat terhadap kerja penyuntingan, suka membaca, bersifat ingin tahu, analitis dan kritis, serta berdisiplin. Bahan rujukan ialah alat untuk membantu dalam penyuntingan untuk menghasilkan suntingan yang baik. Gaya penyuntingan pula bergantung pada gaya yang telah ditetapkan oleh penerbit; contohnya di DBP, gaya penyuntingan berpandukan buku 'Gaya Dewan'.Lain-lain17.07.2007

Kembali ke atas