Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.di.si.plin] | بردسيڤلين

Definisi : patuh (taat) pd (peraturan dll): tentera meriam Portugis yg ~ itu berjaya memusnahkan askar Melaka; kejayaan se­suatu usaha yg dilakukan bergantung pd kum­pulan pekerja yg cekap, berdedikasi dan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.di.si.plin] | بردسيڤلين

Definisi : menurut atau mengikut tatatertib (peraturan, undang-undang dll): Pegawai-pegawai polis itu ~ walaupun mereka di luar pejabat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdisiplin


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AURELIAN

Aurelian (215?–275 M.) ialah maharaja Rom.

Pemerintahannya yang berbentuk ketenteraan dan

berdisiplin berjaya menyatukan empayar Rom yang

mulai berpecah semasa baginda baru menjadi

maharaja. Aurelian mengecap duit syiling dengan

perkataan Pemulih Dunia.

UMUM 
ORLANDO, VITTORIO EMANUELE

Orlando, Vittorio Emanuele (1860–1952),

berkhidmat sebagai perdana menteri Itali dari tahun

1917 hingga tahun 1919. Dia memegang jawatan

sebaik-baik sahaja selepas tentera Itali mengalami

kekalahan teruk dalam Perang Dunia I. Dia

berusaha untuk menaikkan semangat orang awam

dan tentera yang berdisiplin membantu Itali dalam

perang, bersama-sama tentera Berikat, sehinggalah

pihak Berikat mencapai kemenangan pada tahun

1918. Selepas perang, dia mengetuai delegasi Itali

ke Persidangan Keamanan Paris pada tahun 1919.

Dia meninggalkan persidangan itu buat sementara

waktu kerana memprotes pihak Berikat yang tidak

memenuhi tuntutan Itali terhadap bekas wilayah

Austria. Penentangnya dalam Parlimen kemudian

memaksa dia meletakkan jawatan sebagai perdana

menteri.

UMUM 
RENJER ROGERS

Renjer Rogers ialah peninjau bagi Tentera

British semasa Perang Tujuh Tahun (1756–1763).

Robert Rogers (1731–1795) mengetuai pasukan

renjer itu. Dia terkenal sebagai seorang komander

yang berani dan pengikutnya sentiasa mengikut ke

mana sahaja dia pergi. Para anggotanya terdiri

daripada orang yang garang dan kasar serta tidak

berdisiplin. Mereka selalu menghadapi masalah

dengan pegawai atasan.

UMUM 

Kembali ke atas