Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.re.nang] | برنڠ

Definisi : bergerak dgn tangan dan kaki dll di air: ikan ~ dlm air; acara-acara sukan itu ialah lumba lari, mendayung sampan, me­nembak, ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.re.nang] | برنڠ

Definisi : 1 menggerakkan badan ketika menyelam atau ketika mengapung di air dgn menggunakan tangan, kaki atau ridip. 2 perbuatan menggerakkan badan dlm air dgn menggunakan tangan, kaki dsb: ~ menyihatkan badan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berenang

Puisi
 

Anaklah tikus mati berenang,
     Mati berenang dalam perahu;
Kasihlah putus hati mengenang,
     Di dalam hati siapakan tahu.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Hendak belajar berenang dapatkan itik,
     hendak belajar memanjat dapatkan tupai.

Bermaksud :

Hendak mengetahui sesuatu perkara bertanyalah kepada orang yang ahli dalam perkara itu.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Berenang di lautan udaraRubaidin SiwarDewan Pelajar1 November 1979
Berenang di DaratanZsofia BallaHorison1 May 2008
BerenangMohamad bahadonDewan Siswa1 September 1981
Belajar BerenangOsman AhmadUtusan Kiblat1 July 1989
Sewaktu BerenangSuhaimi Haji MuhammadDewan Sastera1 July 1992
Penguin, spesis burung pandai berenangTiadaDewan Kosmik1 March 2003
Arena Wati: pelaut yang berenang di lautan sasteraMohd. Thani AhmadDewan Siswa1 June 1979
Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepianNorlida Abdul WahabDewan Siswa1 May 1979

Kembali ke atas