Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.re.nang] | برنڠ

Definisi : bergerak dgn tangan dan kaki dll di air: ikan ~ dlm air; acara-acara sukan itu ialah lumba lari, mendayung sampan, me­nembak, ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.re.nang] | برنڠ

Definisi : 1 menggerakkan badan ketika menyelam atau ketika mengapung di air dgn menggunakan tangan, kaki atau ridip. 2 perbuatan menggerakkan badan dlm air dgn menggunakan tangan, kaki dsb: ~ menyihatkan badan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berenang

Puisi
 

Anaklah tikus mati berenang,
     Mati berenang dalam perahu;
Kasihlah putus hati mengenang,
     Di dalam hati siapakan tahu.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Hendak belajar berenang dapatkan itik,
     hendak belajar memanjat dapatkan tupai.

Bermaksud :

Hendak mengetahui sesuatu perkara bertanyalah kepada orang yang ahli dalam perkara itu.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
mengapai[m«.NA.pAj]kata kerjaberenang secara terlentang seperti kuak lentang, menggunakan banyak pergerakan tangan.Kepala dia terantok dengan kepala kawan dia, masa dua-dua dok mengapai kat sungai.[k«.pA.lA di.jA t«.ÒAn.to/ d«.NAn k«.pA.lA kA.wAn di.jA mA.sA du.wA.du.wA do/ m«.NA.pAj kAt su.NAj]Kepalanya berlaga dengan kepala kawannya semasa kedua-duanya berenang menelentang di dalam sungai.
bodong[b.dN]kata namakumpulan ikan yang berenang-renang.Kalu kita buleh lengkong bodong temenung tu, penohla bot kita.[kA.lu ki.tA bu.leh lEN.kN b.dN t«.m«.nuN tu p«.nh.lA bot ki.tA]Kalau kita boleh melengkungi kumpulan ikan kembung itu dan menangkapnya dengan pukat, penuhlah bot kita.

Kembali ke atas