Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.re.nang] | برنڠ

Definisi : bergerak dgn tangan dan kaki dll di air: ikan ~ dlm air; acara-acara sukan itu ialah lumba lari, mendayung sampan, me­nembak, ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.re.nang] | برنڠ

Definisi : 1 menggerakkan badan ketika menyelam atau ketika mengapung di air dgn menggunakan tangan, kaki atau ridip. 2 perbuatan menggerakkan badan dlm air dgn menggunakan tangan, kaki dsb: ~ menyihatkan badan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berenang

Puisi
 

Anaklah tikus mati berenang,
     Mati berenang dalam perahu;
Kasihlah putus hati mengenang,
     Di dalam hati siapakan tahu.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Hendak belajar berenang dapatkan itik,
     hendak belajar memanjat dapatkan tupai.

Bermaksud :

Hendak mengetahui sesuatu perkara bertanyalah kepada orang yang ahli dalam perkara itu.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, yang manakah sebenarnya betul? 1)Pelbagai jenis sayur-sayuran atau pelbagai jenis sayur? 2)Kanak-kanak itu berenang-renang di kolam renang atau kanak-kanak itu berenang di kolam renang? Terima kasih

1. pelbagai jenis sayur

2. Kedua-dua ayat adalah betul. Berenang-renang bermaksud berenang ke sana sini. Berenang bermaksud melakukan perbuatan berenang

Tatabahasa20.04.2011
Saya hendak bertanya ; 1. Itik berenang di dalam kolam. atau 2. Itik berenang di tengah kolam. Yang manakah satu betul, di dalam atau di tengah ? Terima kasih1. Itik berenang di dalam kolam. atau 2. Itik berenang di tengah kolam. - kedua-duanya betulTatabahasa26.07.2011
Tuan, Yang manakah betul? Mereka berenang di laut ATAU Mereka berenang di dalam laut .

Ayat yang betul ialah 'Mereka berenang di laut' - Kata sendi nama di digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, iaitu tempat berenang; manakala di dalam adalah betul apabila merujuk perbuatan menyelam yang dilakukan di dalam laut.

Tatabahasa05.04.2011
1) Mereka ke kolam renang untuk berenang. 2) Ali sedang berenang pada waktu petang. Adakah ayat-ayat di atas betul? Terima kasih.Kedua-dua ayat ini adalah betul.Tatabahasa09.03.2016
Salam sejahtera. 1. Saya dan Ali bermain tanglung. / Ali dan saya bermain tanglung. Mana satu ayat betul? 2. Saya berenang di kolam. / Saya berenang di dalam kolam. Mana satu ayat betul?1. Bergantung kepada penegasan kepada Ali atau Saya. Kedua-duanya boleh guna.
2. Saya berenang di dalam kolam.
Tatabahasa25.05.2015
Salam sejahtera. 1. Selepas menukar pakaian mandi, Ali pergi berenang Soalan: Adakah "pergi berenang" betul penggunaannya? T. KasihCadangan jawapan yang diberikan betul.Tatabahasa25.03.2021
a)Adik berenang di kolam renang. b)Adik berenang di dalam kolam renang. Adakah kedua-dua ayat ini betul? Adakah Ibu Kavita ialah Kata nama khas hidup manusia? Terima kasih.1. Adik berenang di dalam kolam renang.
2. Ibu Kavita merupakan kata nama khas hidup.
Tatabahasa14.01.2013
A)Abang berenang menggunakan pelampung sebagai langkah keselamatan. B)Abang menggunakan pelampung sebagai langkah keselamatan berenang. Yang manakah satu ayat adalah betul ? Terima kasih.Ayat yang betul ialah 'Abang berenang menggunakan pelampung sebagai langkah keselamatan'. Tatabahasa12.04.2011
Chin Swee Fen Mar 2nd, 10:11pm salam sejahtera, bolehkah saya bertanya tentang ayat berikut, saya berenang di pantai atau saya berenang di laut. adakah kedua-dua ayat ini betulAyat yang gramatis ialah "Saya berenang di laut".Tatabahasa02.03.2015
Ali berenang menggunakan pelampung sebagai langkah keselamatan. Ali menggunakan pelampung sebagai langkah keselamatan berenang. Ayat yang manakah paling tepat? Terima kasih.Kedua-duanya betul tetapi bentuk ayat yang lazim digunakan dalam penulisan ialah "Ali berenang menggunakan pelampung sebagai langkah keselamatan". Tatabahasa16.04.2011
123456

Kembali ke atas