Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.re.nang] | برنڠ

Definisi : bergerak dgn tangan dan kaki dll di air: ikan ~ dlm air; acara-acara sukan itu ialah lumba lari, mendayung sampan, me­nembak, ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.re.nang] | برنڠ

Definisi : 1 menggerakkan badan ketika menyelam atau ketika mengapung di air dgn menggunakan tangan, kaki atau ridip. 2 perbuatan menggerakkan badan dlm air dgn menggunakan tangan, kaki dsb: ~ menyihatkan badan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berenang

Puisi
 

Anaklah tikus mati berenang,
     Mati berenang dalam perahu;
Kasihlah putus hati mengenang,
     Di dalam hati siapakan tahu.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Hendak belajar berenang dapatkan itik,
     hendak belajar memanjat dapatkan tupai.

Bermaksud :

Hendak mengetahui sesuatu perkara bertanyalah kepada orang yang ahli dalam perkara itu.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
mengapai[m«.NA.pAj]kata kerjaberenang secara telentang dengan tangan dan kaki digerakkan secara perlahan supaya tidak tengelamLepaih berenang dia mengapai nak ambek napaih.[l«.pAC b«.Ò«.nAN di.jA m«.NA.pAj nA/ Am.bE/ nA.pAC]Selepas berenang dia berenang telentang untuk mengambil nafas.

Kembali ke atas