Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.re.nang] | برنڠ

Definisi : bergerak dgn tangan dan kaki dll di air: ikan ~ dlm air; acara-acara sukan itu ialah lumba lari, mendayung sampan, me­nembak, ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.re.nang] | برنڠ

Definisi : 1 menggerakkan badan ketika menyelam atau ketika mengapung di air dgn menggunakan tangan, kaki atau ridip. 2 perbuatan menggerakkan badan dlm air dgn menggunakan tangan, kaki dsb: ~ menyihatkan badan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berenang

Puisi
 

Anaklah tikus mati berenang,
     Mati berenang dalam perahu;
Kasihlah putus hati mengenang,
     Di dalam hati siapakan tahu.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Hendak belajar berenang dapatkan itik,
     hendak belajar memanjat dapatkan tupai.

Bermaksud :

Hendak mengetahui sesuatu perkara bertanyalah kepada orang yang ahli dalam perkara itu.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaMudik berenang hilir berenang, Hanyut sampai ke Tanjung Jati; Budi pun kenang rupa pun kenang, Tuanlah pandai mengambil hati.
Kurik Kundi Merah SagaAnaklah tikus mati berenang, Mati berenang dalam perahu; Kasihlah putus hati mengenang, Di dalam hati siapakan tahu.
Kurik Kundi Merah SagaAnak tikus matilah berenang, Mati berenang dalam perahu; Manalah orang juak dikenang, Orang dikenang tiada tahu.
Kurik Kundi Merah SagaAnak tikus mandi berenang, Mandi berenang dalam perahu; Rasa putus hati mengenang, Tuan dikenang tidak tahu.
Kurik Kundi Merah SagaBerenang ada berjemur tidak, Orang berjimat mandi di kali; Berpandang ada bertegur tidak, Rasa kiamat di dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaIkan bawal berenang petang, Beli ikan di tepi dewan; Hendak kucuba di medan perang, Segala musuh hendak ditawan.
Kurik Kundi Merah SagaMandi sudah berenang pun sudah, Pergi ke kebun menggali ubi; Bertanya sudah meminang pun sudah, Barulah kita ke rumah tuk kadi.
Kurik Kundi Merah SagaAnak itik pandai berenang, Singgah makan daun buluh; Budi baik jangan dikenang, Kalau dikenang hati luluh.
Kurik Kundi Merah SagaHilir rakit bawa berenang, Hanyut dari tanah seberang; Bagaimana penyakit mahu hilang, Sakit ditanggung makan tak pantang.
Kurik Kundi Merah SagaAnak itik pandai berenang, Mari bidas dengan batu; Sirih sampai ikat pinang, Sirih sampai Jongok Batu.
123

Kembali ke atas