Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.re.nang] | برنڠ

Definisi : bergerak dgn tangan dan kaki dll di air: ikan ~ dlm air; acara-acara sukan itu ialah lumba lari, mendayung sampan, me­nembak, ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.re.nang] | برنڠ

Definisi : 1 menggerakkan badan ketika menyelam atau ketika mengapung di air dgn menggunakan tangan, kaki atau ridip. 2 perbuatan menggerakkan badan dlm air dgn menggunakan tangan, kaki dsb: ~ menyihatkan badan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berenang

Puisi
 

Anaklah tikus mati berenang,
     Mati berenang dalam perahu;
Kasihlah putus hati mengenang,
     Di dalam hati siapakan tahu.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Hendak belajar berenang dapatkan itik,
     hendak belajar memanjat dapatkan tupai.

Bermaksud :

Hendak mengetahui sesuatu perkara bertanyalah kepada orang yang ahli dalam perkara itu.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Salmon runrenang Salmon (Polo Air)SukanTiadaCara berenang seperti ikan Salmon, di mana perenang berenang dengan badan terlungkup, kedua kaki melakukan gerakan yang sama juga kedua lengannya, pada sukan renang.
fish shoalkawanan sekataPerikananTiadaKelompok ikan pelagik yang berenang secara berkumpulan dalam jarak yang sekata. Kelompok ikan ini berenang mengikut spesies, sama ada dalam kumpulan besar atau kumpulan kecil.
fish schoolkawanan ikanPerikananTiadaKelompok ikan pelagik yang berenang secara berkumpulan dalam jarak yang tidak sekata. Kelompok ikan ini berenang mengikut spesies, sama ada dalam kumpulan besar atau kumpulan kecil.
great barracudaalu-aluPerikananTiadaSejenis ikan pelagik daripada famili Sphyraenidae, genus Sphyraena yang berhabitat di dalam air masin. Ikan alu-alu dewasa gemar berenang dalam kumpulan yang besar di kawasan terumbu laut, manakala yang bersaiz kecil pula gemar berenang di kawasan pantai, dan memasuki sungai serta lagun. Ikan ini daripada jenis pemangsa yang memakan sotong dan ikan kecil. Ikan ini sangat agresif dan dikategorikan sebagai ikan rekreasi. Masa terbaik untuk memancing ikan ini ialah pada musim bertelur di kawasan muara sungai kerana ikan alu-alu akan menuju ke kawasan tersebut untuk bertelur dan makan dalam jumlah yang lebih banyak daripada biasa. Sinonim kacang-kacang.
blue trevallydemuduk biruPerikananTiadaSejenis ikan separa pelagik daripada famili Carangidae, spesies Caranx ferdau yang hidup di kawasan laut dalam yang berterumbu karang. Ikan demuduk biru bersaiz besar biasanya berenang bersendirian, manakala ikan yang bersaiz kecil berenang secara berkumpulan. Ikan ini ditangkap dengan menggunakan rawai serta pancing dan dikelaskan sebagai ikan rekreasi.
island mackerelkembung lampaiPerikananTiadaSejenis ikan pelagik daripada famili Scombridae, spesies Rastrelliger faughni, yang mempunyai tabiat gemar berenang dalam kumpulan yang kecil. Ikan ini mempunyai badan yang lampai, berwarna kehijau-hijauan dan berjalur kelabu. Makanan utama ikan kembung lampai ialah plankton yang dimakan dengan cara menapisnya melalui insang dalam keadaan berenang melawan arus. Ikan ini ditangkap menggunakan pukat jerut, pukat hanyut atau pukat tunda bukaan tinggi, selain joran.
freestyle relayberenang gaya bebas berganti-gantiPendidikanTiadaTiada
pool swimmingkolam berenangPendidikanTiadaTiada
feathering (swimming)merewang (berenang)PendidikanTiadaTiada
screw kick (swimming)tendang sengkang (berenang)PendidikanTiadaTiada
1234567

Kembali ke atas