Batu Berendam Batu Kurau, Batu Lesung Batu Rakit; Rindu dendam bawa bergurau, Bawa termenung jadi penyakit. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jangan suka mandi berendam, Lama-lama tak dapat bangkit; Jangan suka hati berendam, Lama-lama jadi penyakit. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Mengapa biawak mandi berendam, Menengok buaya menunggu jermal; Mengapa banyak lelaki karam, Menengok betina bergincu tebal. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tidak mudah merentang pukat, Pukat direntang mahu berendam; Tidak mudah memegang adat, Adat dipegang ilmunya faham. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sapa kata padi tak bunting, Padi pulut berendam di air; Sapa kata abang tak rungsing, Suap ke mulut mata berair. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Dari Gersik ke Surabaya, Anak badak mati berendam; Ambil keris tikamlah saya, Tidak kuasa menanggung dendam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sayang ke darat ke padang embun, Anak tekukur mandi berendam; Hidup tuan dengan berpantun, Rasa menghibur hati yang dendam. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Di Kampung Hulu banyak temu, Tumbuh bersepah merata-rata; Adakah tahu nasib temanmu, Sentiasa berendam airnya mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Memikat balam di Gunung Banang, Anak kera tidur melata; Tidur malam tuan dikenang, Tidur berendam airnya mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Daun mempelas berbalik-balik, Orang berdagang di pintu kota; Tidaklah belas melihat adik, Duduklah berendam si air mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |