Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.gan.ja/] | برݢانجق

Definisi : 1. beralih, beranjak, berengsot: dia tidak mahu ~ dr tempatnya; 2. ki berubah (pendirian dsb): dia teguh dgn pendiriannya yg lama, tidak ~ sedikit pun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.gan.ja/] | برݢانجق

Definisi : bergerak sedikit dr tempat asal; beralih atau berengsot sedikit: Dia tidak mahu ~ dr tempat duduknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berganjak


Pantun

PantunSumberTema
Mulia suku adatnya kukuh, Kukuh tidak berganjak lagi; Bila bersatu umat kan teguh, Musuh mengelak bala pun pergi.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bukan cempedak bukan kundur, Jatuh terendam didalam kolam; Tidak berganjak tidak berundur, Sebelum padam rindu semalam.Pantun Melayu SarawakKasih
Sekali orang merambah, Onak duri semua dilantak; Sekali abang bersumpah, Sampai mati takkan berganjak.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Ambil buluh dibuat galah, Galah patah dimain budak; Jauh sekali menyerah kalah, Belum mencuba berganjak tidak.Pantun Melayu SarawakKasih
Bukan pelita sebarang pelita, Pelita ini sumbunya banyak; Bukan cinta sebarang cinta, Cintaku ini tak berganjak.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas