Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ge.ra/] | برݢرق

Definisi : 1. bergoyang, beralih tempat, berpindah tempat: pohon itu ~ ditiup angin; jangan ~ dr tempatmu; 2. berangkat, pergi, menuju: askar-askar British telah ~ ke kawasan itu; kemudian ia bangun dan ~ dr situ; 3. berusaha, berikhtiar, bertindak: persatuan itu memerlukan wang utk ~; kami dulu sama-sama ~ dlm kumpulan itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ge.ra/] | برݢرق

Definisi : 1 berubah (berpindah) tempat atau kedudukannya; tidak diam saja: Jangan ~ dr tempatmu. 2 pergi atau menuju ke sesuatu tempat: Mereka telah ~ ke kawasan yg berbahaya itu. 3 berusaha melakukan sesuatu; melakukan sesuatu usaha: Negara Malaysia sedang ~ dgn cergas utk mencapai kemajuan dan kemakmuran hidup seluruh rakyatnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergerak

Puisi
 

Keris panjang mata tirus,
     Ulu keris nampak bersilang;
Serta pasang dengan arus,
     Bergerak surut pasangnya hilang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Seperti lipas kudung.

Bermaksud :

Selalu bergerak dengan cepat; selalu sibuk bekerja.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
gerakan1. hasil bergerak, perbuatan bergerak: ~ bumi; ~ tentera; 2. usaha, kegiatan: ~ hendak menghapuskan buta huruf; bilik ~ bilik tempat mengendalikan sesuatu usaha (kegiatan dll); ~ bawah tanah gerakan sulit utk menjatuhkan kerajaan dll; 3. = pergerakan;Kamus Dewan Edisi Keempat
inersiaist sifat jasad yg menyebabkannya berada dlm keadaan rehat atau jika bergerak, terus bergerak dlm garis lurus, melainkan jika diganggu oleh daya luar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
inersia(Fiz) sifat jasad yg menyebabkannya berada dlm keadaan rehat atau, jika bergerak, terus bergerak dlm garis lurus, melainkan jika diganggu oleh daya luar.Kamus Dewan Edisi Keempat
bergerak balasbergerak atau berubah kerana sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gerak balasapa-apa yg berlaku sbg sambutan kpd sesuatu perbuatan atau keadaan; perubahan yg berlaku oleh sebab sesuatu yg lain. bergerak balas bergerak atau berubah kerana sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
melambai1. bergerak-gerak turun naik (tentang tangan) utk memanggil dll: kereta api pun bergerak, kulihat tangan suamiku ~; 2. = berlambai-lambai bergerak-gerak turun naik (spt daun ditiup angin dll): daun-daun padi ~ ditiup angin; 3. ki menyeru, memanggil (hampir kpd): badan awak itu bukan semakin muda, liang lahad sentiasa melambai-lambai awak;Kamus Dewan Edisi Keempat
melambai-lambai1. bergerak-gerak turun naik (tentang tangan) utk memanggil dll: kereta api pun bergerak, kulihat tangan suamiku ~; 2. = berlambai-lambai bergerak-gerak turun naik (spt daun ditiup angin dll): daun-daun padi ~ ditiup angin; 3. ki menyeru, memanggil (hampir kpd): badan awak itu bukan semakin muda, liang lahad sentiasa melambai-lambai awak;Kamus Dewan Edisi Keempat
menggeletik1 bergerak-gerak dgn meliuk-liukkan badan spt ulat, ikan yg dikeluarkan dr air dll: bergerak-gerak anggotanya kerana menahan kesakitan dll. 2 berdenyut-denyut atau bergerak-gerak jantungnya kerana terperanjat dll; berdebar-debar. 3 berbunyi “tik, tik, tik” (bkn jam tangan dsb).Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengalir1 bergerak maju perlahan-lahan (ttg benda-benda cair): Air sungai ~ ke laut. 2 bergerak perlahan-lahan dan sedikit-sedikit (spt air mata dll); meleleh: Peluhnya ~ membasahi bajunya. 3 bergerak melalui atau menerusi kawat (ttg tenaga elektrik).Kamus Pelajar Edisi Kedua
geletik; menggeletik 1 bergerak-gerak dgn meliuk-liukkan badan spt ulat, ikan yg dikeluarkan dr air dll: bergerak-gerak anggotanya kerana menahan kesakitan dll. 2 berdenyut-denyut atau bergerak-gerak jantungnya kerana terperanjat dll; berdebar-debar. 3 berbunyi “tik, tik, tik” (bkn jam tangan dsb).Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas