Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ge.ra/] | برݢرق

Definisi : 1. bergoyang, beralih tempat, berpindah tempat: pohon itu ~ ditiup angin; jangan ~ dr tempatmu; 2. berangkat, pergi, menuju: askar-askar British telah ~ ke kawasan itu; kemudian ia bangun dan ~ dr situ; 3. berusaha, berikhtiar, bertindak: persatuan itu memerlukan wang utk ~; kami dulu sama-sama ~ dlm kumpulan itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ge.ra/] | برݢرق

Definisi : 1 berubah (berpindah) tempat atau kedudukannya; tidak diam saja: Jangan ~ dr tempatmu. 2 pergi atau menuju ke sesuatu tempat: Mereka telah ~ ke kawasan yg berbahaya itu. 3 berusaha melakukan sesuatu; melakukan sesuatu usaha: Negara Malaysia sedang ~ dgn cergas utk mencapai kemajuan dan kemakmuran hidup seluruh rakyatnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergerak

Puisi
 

Keris panjang mata tirus,
     Ulu keris nampak bersilang;
Serta pasang dengan arus,
     Bergerak surut pasangnya hilang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Seperti lipas kudung.

Bermaksud :

Selalu bergerak dengan cepat; selalu sibuk bekerja.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
immobilizationlarang-gerakPerubatanTiadaLarang-gerak: Kaedah atau perbuatan menjadikan bahagian badan yang biasanya bergerak, tidak bergerak. Tujuannya untuk rawatan penyakit.
dead waterair matiBiologiEkologiAir yang bergerak perlahan atau tidak bergerak langsung. Air jenis ini sering kekurangan oksigen. Misalnya, lopak, sinonim air pegun.
M-JPEG (motion JPEG)M-JPEG (JPEG bergerak)Teknologi MaklumatTiadaImej bergerak yang dibina dengan menyimpan setiap kerangka jujukan gambar bergerak dalam format pemampatan JPEG. Imej rangka pegun kemudian dinyahmampat dan dipapar secara cepat dan akan membentuk pergerakan pada skrin.
rest energytenaga rehatKejuruteraanTiadaTenaga sesuatu zarah di dalam sesuatu sistem yang zarah ini tidak bergerak atau hanya bergerak dengan halaju rendah berbanding dengan halaju cahaya.
rest mass energytenaga jisim rehatKejuruteraanTiadaTenaga sesuatu zarah di dalam sesuatu sistem yang zarah ini tidak bergerak atau hanya bergerak dengan halaju berbanding dengan halaju cahaya.
bearinggalasKejuruteraanKejuruteraan MekanikAlat yang menyokong dan memegang komponen pada kedudukan yang betul di samping mengurangkan geseran antara bahagian bergerak dengan bahagian tidak bergerak. Alat ini terbentuk daripada pelari dalam, bebola dan sangkar. Contohnya, galas dalam roda kenderaan.
passing shottangkap imbasKomunikasiTiadaTangkapan yang dilakukan untuk merakam objek secara sepintas lalu. Tangkapan ini boleh diperoleh dengan dua cara iaitu merakamkan objek yang melintasi kamera semasa kamera tidak bergerak dan merakamkan objek yang tidak bergerak semasa kamera bergerak.
mobile sourcessumber bergerakKejuruteraanTiadaSumber pencemaran yang boleh bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Lazimnya merujuk kepada sumber daripada pengangkutan.
running lightlampu cahaya bergerakSosiologiTiadaLampu cahaya bergerak: Lampu yang disusun berderetan menyala dan padam mengikut urutan tertentu, contohnya lampu hias di rumah.
weighted moving averagepurata bergerak berwajaranPentadbiranTiadaKaedah peramalan purata bergerak yang menggunakan wajaran berbeza bagi nilai-nilai yang lampau.
12345678910...

Kembali ke atas