Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergerak ke depan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tractive resistancerintangan tarikKejuruteraan AutomotifTiadaRintangan yang mengurangkan kuasa tarikan sesebuah kenderaan bergerak ke depan, contohnya geseran antara roda dengan rel, tekanan udara dan lain-lain.
antegradeantegredPerubatanTiada1. Bergerak ke depan. 2. Memanjang ke arah bahagian depan.
in media resin medias resKesusasteraanTiadaTeknik memulakan cerita di tengah-tengah oleh pengarang dalam naratif. Teknik ini berbeza dengan kebanyakan naratif yang memulakan cerita di permulaan. Teknik ini membolehkan pengarang bergerak ke depan dan menyorot ke belakang cerita untuk memberikan maklumat yang perlu di tempat yang sesuai untuk menyampaikan cerita. Teknik bertujuan untuk menarik perhatian khalayak secara serta-merta, khususnya jika sesuatu peristiwa yang dipersembahkan sangat menarik atau mengejutkan. In medias res digunakan dalam semua genre, tetapi lumrahnya dikaitkan dengan puisi epik. In medias res berasal daripada perkataan Laitn yang bermaksud �di tengah-tengah sesuatu�. Lihat juga epik, imbas kembali.
positive-displacement metermeter anjakan positifKejuruteraanTiadaSinonim: meter isi padu. Peranti pengukuran kadar alir bendalir yang mengalir di dalam sistem atau paip tempat peranti tersebut dipasang, iaitu digunakan sebagai meter aliran. Pengukuran dilakukan berdasarkan konsep sesaran atau anjakan bendalir, iaitu dengan mengisi dan mengosongkan kebuk yang mempunyai isi padu tertentu. Anjakan atau sesaran bendalir tersebut dilakukan dengan menggunakan omboh yang bergerak ke depan dan ke belakang, omboh berayun, bilah berputar, tangki yang secara automatik boleh diisi dan dikosongkan, dan sebagainya.
anterogradeanterogredPerubatanTiada1. Bergerak atau berlangsung ke depan. 2. Memanjang ke depan.
side runninglarian sisiSukanTiadaPerbuatan berlari dengan bergerak ke arah sisi dalam keadaan muka memandang ke arah depan.
forehand drivepukul kencang depanSukanTiada1. Pukul kencang depan: Pukulan yang dibuat dengan pemain berdiri di tengah-tengah gelanggang, dan bulu tangkis dipukul kuat dan mendatar supaya melepasi jaring serendah mungkin dan bergerak ke arah bahagian depan gelanggang.
regression of the nodesregresi nodMatematikTiadaJasad samawi itu mungkin tidak akan melintasi satah rujukan pada titik yang sama setiap masa. Garis nodnya akan bergerak perlahan-lahan sama ada ke depan ataupun ke belakang di sekeliling satah orbit, yakni dalam arah yang sama ataupun berlawanan dengan arah jasad.
adjusted betabeta terlarasPentadbiran PerniagaanTiadaAnggaran terhadap beta masa depan sesuatu sekuriti yang diperolehi daripada data sejarah, tetapi diselaraskan kerana kecenderungan beta sebenar bergerak ke arah 1.0.
whale sharkyu pausPerikananTiadaIkan yu daripada famili Rhincodontidae, spesies Rhincodon typus, iaitu jenis ikan luar pesisir yang berhijrah jauh di antara laut bebas dengan perairan negara dan kembali ke tempat asal pada musim membiak. Yu paus merupakan spesies ikan yang dilindungi. Badan ikan ini berwarna kelabu di bahagian atas dan bewarna putih di bahagian bawah. Terdapat tiga banjaran yang jelas pada sisi kanan dan kiri serta jaluran berbintik kuning di sekeliling badan. Mulutnya pula berada di bahagian depan muncung. Yu paus merupakan ikan yu terbesar yang boleh mencapai panjang 12 meter tetapi tidak berbahaya kepada manusia. Ikan ini hanya memakan plankton nekton melalui alat penyaring yang terdapat di dalam mulutnya. Yu paus bergerak secara bersendirian dan kadangkala bergerak secara berkumpulan, iaitu dalam lingkungan 100 ekor. Ikan ini biasanya berenang bersama-sama ikan pelagik seperti ikan skombrid dan boleh ditangkap dengan menggunakan tombak.

Kembali ke atas