Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ge.ri.gi] | برݢريݢي

Definisi : mempunyai gerigi, banyak geriginya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ge.ri.gi] | برݢريݢي

Definisi : bergigi-gigi tajam pd bahagian tepinya; bergerigis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergerigi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEMANGI

Kemangi atau selasih ialah herba tahunan yang

digunakan untuk memperisa makanan. Kemangi

biasa atau kemangi manis mempunyai daun

yang bergerigi tepinya, bunga berwarna putih

keungu-unguan. Ia tumbuh setinggi kira-kira

30 sentimeter. Spesies pokok renek tumbuh

sehingga 2.5 meter tingginya. Daun kemangi

digunakan dalam sup, salad, dan hidangan daging.

Kemangi boleh ditanam di laman daripada biji

benihnya. Batangnya boleh dipotong dan

dikeringkan untuk kegunaan pada musim sejuk.

UMUM 
DATURA

Datura ialah sekumpulan pokok renek dan pokok

beracun, termasuk rumpai jimson dan angel’s

trumpet. Pokok besar dan rimbun ini juga dikenali

sebagai thorn apple (epal berduri). Daunnya

bergerigi dan berbau busuk, buahnya berduri, dan

bunganya berbentuk trompet berwarna putih hingga

warna lavender. Datura ialah pokok asal kawasan

tropika, tetapi kini ia tumbuh di tanah tandus di

seluruh kawasan beriklim sederhana di dunia.

UMUM 
ALDER

Alder ialah nama yang diberikan kepada kira-kira

30 jenis pokok renek dan pokok kecil yang

didapati di kawasan sederhana bahagian utara

dunia. Pokok alder dikaitkan dengan pokok birch

dan mempunyai daun bujur yang bergerigi. Bunga

betina yang dinamakan katkin (bunga ekor kucing),

yang membesar menjadi kon yang keras seperti

kon pokok pain yang kecil. Kon ini mengandungi

biji. Kon ini berubah menjadi hitam apabila bijinya

tertanggal dan akan tahan sepanjang musim sejuk.

Gugus hitam yang tergantung ini menyebabkan

pokok alder mudah dikenal pasti. Pokok alder

membentuk belukar yang tebal di kawasan

berpaya dan di cerun-cerun gunung. Ia biasanya

ditemui di tepi tasik dan sungai.

UMUM 
SPRAT

Sprat adalah satu daripada ikan laut yang lebih

kecil dalam famili hering. Sprat membesar

sepanjang 20 sentimeter. Ia hidup di perairan

pantai Eropah dari Laut Baltik dan Laut Utara

hingga ke Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Ikan

ini mempunyai badan yang leper dengan tepi

bergerigi mata gergaji di sepanjang perutnya.

Sprat adalah ikan makanan yang penting. Ia

dimakan segar atau disalai. Sesetengahnya ditinkan

dalam minyak sebagai sardin kecil. Yang lain

diproses untuk dijadikan minyak ikan dan mil ikan.

Pengelasan saintifik. Sprat tergolong dalam famili

hering, Clupeidae. Sprat Eropah ialah Sprattus sprattus.

UMUM 
OKRA

Okra, juga dikenali sebagai “bendi” atau “bender”

ialah tumbuhan yang ditanam kerana lenggainya

yang belum matang, yang digunakan untuk

memasak stew, untuk memekatkan sup dan

memperasakan sup, dan sebagai sayur. Ia adalah

tumbuhan tahunan. Tingginya 0.5 meter hingga 2.5

meter. Daunnya bulat, bercuping halus dan

bergerigi halus. Lenggai pada tumbuhan ini dan

bunganya berwarna kuning kehijauan. Panjangnya

dari 10 sentimeter hingga 15 sentimeter tetapi

kadangkala melebihi 30 sentimeter apabila

membesar sepenuhnya. Lenggai okra dimasak

ketika muda dan lembut. Okra adalah sejenis

bunga raya, dan ia berkaitan rapat dengan kapas.

Ia berasal dari Afrika.

Pengelasan saintifik. Okra tergolong dalam famili

mallow, Malvaceae. Ia adalah Hibiscus esculentus .

UMUM 
SITRON

Sitron ialah buah yang besar, biasanya masam

kelihatan seperti lemon. Ia adalah antara buah

sitrus yang terbesar. Pokok sitron tumbuh liar di

timur laut India. Ia juga ditanam secara komersial

di Corsica, Greece, Israel dan selatan Itali, dan

buahnya dieksport ke negara-negara lain. Pokok

sitron yang berduri mempunyai daun sepanjang

10 hingga 18 sentimeter. Tepi daunnya bergerigi

sedikit.

UMUM 

Kembali ke atas