Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ha.jat] | برحاجت

Definisi : 1. bermaksud, berniat (akan), mem­punyai keinginan: saya ~ hendak menemui tuan; sudah lama dia ~ hendak datang; 2. = berhajatkan memerlukan: manusia se­lama-lamanya ~ kpd pertolongan Allah; mungkin ia ~ pertolongan kita; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ha.jat] | برحاجت

Definisi : mempunyai hajat; bermaksud; berniat; bertujuan: Dia ~ hendak berjumpa dgn ketua saya esok utk meminta kerja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hajat (kata nama)
Bersinonim dengan hasrat, keinginan, kehendak, cita-cita, niat, matlamat, maksud, tujuan, permintaan, doa;,
Kata Terbitan : berhajat, berhajatkan, menghajati, menghajatkan,

Puisi
 

Pergi selat bulan lima,
     Beli bawang dua sepuluh;
Saya berhajat sudah lama,
     Tiada tempat saya menyuruh.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Tidaklah telaga mendapatkan timba.

Bermaksud :

Orang yang berhajat itulah yang mesti pergi kepada orang yang dihajatinya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Ternanti-nanti bagai berlakikan raja.Berhajat kepada orang yang tidak berkehendak kepadanya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tidaklah telaga mendapatkan timba.Orang yang berhajat itulah yang mesti pergi kepada orang yang dihajatinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Langit yang tinggi hendak ditampar, bumi yang dipijak tak dapat dicapai.Berhajat kepada pangkat yang tinggi sedangkan pangkat rendah pun tidak ada.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Niat di hati hendak memeluk gunung, sudah terpeluk biawak celaka (= sial).Berhajat kepada sesuatu yang baik, tiba-tiba yang buruk pula diperoleh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas