Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ha.sil] | برحاصيل

Definisi : 1. ada hasilnya, memberi hasil: kebunnya sudah ~; 2. tercapai (cita-citanya, maksudnya), berjaya: segala usaha dan ikhtiarnya tidak juga ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ha.sil] | برحاصيل

Definisi : 1 ada hasilnya: Sawahnya kurang ~ tahun ini. 2 berjaya atau tercapai cita-cita dll: Cita-citanya utk menjadi doktor telah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hasil (kata nama)
1. Rujuk dapat pendapatan

2. Rujuk panen

3. Bersinonim dengan keputusan: jawapan, penyelesaian, kesudahan,

4. Bersinonim dengan akibat: kesan, padah, reaksi, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berhasil, menghasilkan, keberhasilan, penghasilan, penghasil,

Peribahasa

Menyukat belut.

Bermaksud :

Pekerjaan yang tak mungkin berhasil.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
jaya1. kemenangan; hikayat Perbu ~ hikayat kemenangan Perbu; 2. = berjaya menang, berhasil: utusan sudah balik dgn tiada ~; berjaya beroleh kemenangan, mencapai ke­majuan, berhasil: tidak ada harapan cita-citanya akan ~; menjayakan menyebabkan jaya (berhasil, maju, dll): semua itu memberi semangat utk ~ usaha yg lebih besar pd masa hadapan; kejayaan perihal berjaya, kemenangan, hasil: apabila sudah mendapat ~ dlm pe­lajaran barulah hal rumah tangga di­rancangkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
gagaltidak berhasil atau berjaya, tidak (dapat) mencapai matlamat (cita-cita dsb yg dikehendaki) tidak jadi, kecewa: usaha-usaha utk menamatkan konfrontasi ~ belaka; ~ dlm peperiksaan;menggagalkan menjadikan tidak berhasil, mengecewakan: rundingan-rundingan ke arah perdamaian digagalkan;tergagal tidak berhasil atau berjaya: kalau tidak tahu tempatnya, perjalanan kita mungkin ~;kegagalan perihal gagal.Kamus Dewan Edisi Keempat
berhasil1 ada hasilnya: Sawahnya kurang ~ tahun ini. 2 berjaya atau tercapai cita-cita dll: Cita-citanya utk menjadi doktor telah ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berhasil1. ada hasilnya, memberi hasil: kebunnya sudah ~; 2. tercapai (cita-citanya, maksudnya), berjaya: segala usaha dan ikhtiarnya tidak juga ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
berhasil1. ada hasilnya: Sawahnya kurang ~ tahun ini. 2. berjaya atau tercapai cita-cita dll: Cita-citanya utk menjadi doktor telah ~.Kamus Pelajar
jayakemenangan: menuju ke puncak ~. berjaya mendapat kemenangan; berhasil: Ia ~ memasuki pertandingan akhir. menjayakan menyebabkan berhasil (maju dsb); memajukan: Ia turut sama ~ rancangan itu. kejayaan hal berjaya; kemenangan; kemajuan: Adnan telah mencapai ~ yg gilang-gemilang dlm peperiksaan itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gagaltidak berjaya mencapai tujuannya; tidak berhasil; tidak jadi: Serangan Belanda ke atas Riau itu ~. menggagalkan menjadikan tidak berhasil; menjadikan gagal: Ada pihak-pihak tertentu yg berusaha utk ~ rundingan itu. kegagalan keadaan atau hal gagal; kekecewaan: ~nya utk mendapatkan ijazah itu sangat-sangat merisaukan fikirannya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gagaltidak berjaya mencapai tujuannya; tidak berhasil; tidak jadi: Serangan Belanda ke atas Riau itu ~. menggagalkan menjadikan tidak berhasil; menjadikan gagal: Ada pihak-pihak tertentu yg berusaha utk ~ rundingan itu. kegagalan keadaan atau hal gagal; kekecewaan: ~nya utk mendapatkan ijazah itu sangat-sangat merisaukan fikirannya.Kamus Pelajar
jayakemenangan:menuju ke puncak ~. berjaya mendapat kemenangan; berhasil:Ia ~ memasuki pertandingan akhir. menjayakan menyebabkan berhasil (maju dsb); memajukan:Ia turut sama ~ rancangan itu. kejayaan hal berjaya; kemenangan; kemajuan: Adnan telah mencapai ~ yg gilang-gemilang dlm peperiksaan itu.Kamus Pelajar
jadi I1. (sebenarnya) berlaku, sebenarnya (benar-benar) melakukan sesuatu, ber­lang­sung: Ali ~ pergi ke Ipoh; 2. berhasil, berjaya: akhirnya ~ juga pekerjaan itu; 3. selesai (dikerjakan); tidak ~ gagal, tidak berhasil; 4. lahir, dilahirkan; hari ~ a) hari dilahirkan; b) Id hari natal (Krismas); sejalan ~ saudara seibu; semula ~ sejak lahir (bkn bakat dll); 5. = jadinya kerananya, kerana itu: ibunya sakit, ~ terpaksalah dia pulang; 6. = jadilah (ber)setuju: dia ~ hendak membeli tanah itu dgn harga yg ditetapkan; kalau begitu, ~; 7. bertukar kpd: sepatutnya boleh sampai ke rumah dlm masa setengah jam, tetapi sekarang sudah ~ dua jam; 8. sudah siap (dibuat), sudah selesai: baju yg sudah ~; boleh ~ mungkin, barangkali; ~ alas cakap = ~ pelapik kaki prb hadiah (sagu hati) yg diberi kpd seseorang yg telah berjasa; ~ air mandi prb perkara yg sudah menjadi kebiasaan; ~ bapa kuda prb orang lelaki yg suka berkahwin di sana sini dan bersenang-senang tanpa membuat sesuatu pekerjaan; ~ bumi langit prb orang yg sangat diharapkan; ~ dinding lasak peti manian prb orang yg menjadi harapan raja; ~ kuda beban prb orang suruhan; ~ penghubung kaki ta­ngan = ~ penghubung mata telinga prb tempat harapan yg selalu memberi per­to­longan; ~ penghubung hujung lidah (mulut) prb orang yg menyampaikan pe­sanan sese­orang; ~ teluk olakan air prb perdebatan yg hanya berkisar pd satu masalah; lubuk ~ pan­tai, pantai ~ lubuk prb nasib manusia itu tidak tetap, ada kalanya senang, ada kalanya susah; sejadinya asalnya (semula jadi): akal ma­nusia dgn keadaan ~ mengandungi se­bahagian drpd makrifat semula jadi; sejadi-jadi, sejadi-jadinya sekuat-kuat­nya, sekeras-kerasnya: berteriak ~; menjadi 1. utk dikenali (diiktiraf, dianggap, dll) sbg, utk memegang jawatan (peranan dll) sbg: dia terpilih ~ ratu kebaya; dilantik ~ penge­rusi jawatankuasa; 2. bekerja (berlaku, bertindak, memegang jawatan, dll) sbg: dialah yg ~ ketua dlm kumpulan itu; 3. bertukar atau beralih kpd sesuatu keadaan (bentuk dll): tempat yg kesibukan itu ~ lengang selepas pergaduhan itu; air yg tadinya jernih, kini ~ keruh; 4. berjaya spt yg diharap-harapkan: dia begitu bangga sekarang kerana anak-anaknya semuanya ~, dua orang menjadi doktor, dua orang guru, seorang peguam, dan seorang lagi pengurus bank; 5. men­jelma sbg; menjadi-jadi, berjadi-jadi bertambah-tam­­bah (banyak, besar, hebat, keras, dll): setelah kena hujan demamnya ~; menjadikan 1. membuat: mereka bersorak-sorak, ~ suasana hingar bingar; 2. menye­bab­kan: kelakuan beginilah yg selalu ~ orang tua kamu susah; 3. menimbulkan: kelewatan penyanyi itu telah ~ keadaan huru-hara; 4. mencipta, mewujudkan: Tuhanlah yg ~ alam semesta ini; 5. mengangkat (memilih) sbg: majikannya telah ~nya pengawas­ perusa-haan itu; terjadi (sudah) berlaku (dibuat, dijadikan, dll): kebakaran itu ~ disebabkan oleh ke­rosakan elektrik; ~ drpd Id terdiri (ter­bentuk) drpd: bahan itu ~ drpd beberapa unsur; jadi-jadian, jadian 1. manusia yg boleh mengubah dirinya menjadi binatang (ter­utamanya harimau): harimau ~; ilmu ~ ilmu yg membolehkan seseorang itu mengubah diri menjadi binatang dll; 2. nampak tidak spt yg sebenarnya: bunga ~;kejadian 1. perkara yg berlaku, peristiwa: polis telah menyiasat ~ itu; 2. perihal ter­jadinya atau dijadikan, kelahiran: ~ langit dan bumi; ilmu ~ pengetahuan utk mengenal tumbuh-tumbuhan dan hidup-hidupan; 3. Id (sudah) berlaku, terjadi: hal itu boleh ~ pd setiap orang; hal-hal yg ~ di merata tempat; penjadian perihal (proses) menjadikan, pen­ciptaan, pewujudan; penjadi ark orang dll yg membuat (men­jadikan) sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas