Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ha.ti.ha.ti] | برهاتي - هاتي

Definisi : memberi perhatian (pertim­bang­an dsb) yg teliti (sewaktu melakukan sesuatu), berawas-awas, beringat-ingat, hemat, waspada: haruslah ~ memilih suami; dia sentiasa cermat dan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ha.ti.ha.ti] | برهاتي - هاتي

Definisi : berbuat sesuatu dgn hati-hati; beringat-ingat; berjaga-jaga: Ia ~ ketika membuat kerja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hati (kata nama)
Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;,
Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati,

Peribahasa

Air digenggam tiada tiris.

Bermaksud :

Sangat berhati-hati mengeluarkan wang. (Peribahasa lain yang sama makna: Sebagai kepiting batu).

 

Lihat selanjutnya...(16)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Sebagai kepiting batu.Sangat berhati-hati mengeluarkan wang. (Peribahasa lain yang sama makna: Air digenggam tiada tiris).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air digenggam tiada tiris.Sangat berhati-hati mengeluarkan wang. (Peribahasa lain yang sama makna: Sebagai kepiting batu).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pendekar elak jauh.Orang yang amat berhati-hati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sekalilah si buta kehilangan tongkat.Selalu berhati-hati setelah sekali menghadapi kesukaran.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cermat masa banyak, jimat masa sedikit.Selalu berhati-hati dalam membelanjakan (menggunakan) sesuatu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biarlah tersalah kain, janganlah tersalah cakap.Hendaklah selalu berhati-hati dalam mengeluarkan sesuatu perkataan. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar salah kain, jangan salah mulut).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar salah kain, jangan salah mulut.Hendaklah selalu berhati-hati dalam mengeluarkan sesuatu perkataan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jikalau menampi jangan tumpah padinya.Memilih sesuatu benda hendaklah berhati-hati jangan sampai terbuang benda yang berguna.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mulut manis jangan percaya, lepas daripada tangan jangan diharap.Nasihat supaya berhati-hati dengan pujuk rayu orang yang mahu menipu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Awal dikenal akhir tidak, alamat badan akan rosak.Orang yang tak berhati-hati lakukan pekerjaannya (yang baiknya saja yang diingat) tentulah akhirnya akan menyesal dan kecewa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas