Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ha.ti.ha.ti] | برهاتي - هاتي

Definisi : memberi perhatian (pertim­bang­an dsb) yg teliti (sewaktu melakukan sesuatu), berawas-awas, beringat-ingat, hemat, waspada: haruslah ~ memilih suami; dia sentiasa cermat dan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ha.ti.ha.ti] | برهاتي - هاتي

Definisi : berbuat sesuatu dgn hati-hati; beringat-ingat; berjaga-jaga: Ia ~ ketika membuat kerja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hati (kata nama)
Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;,
Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati,

Peribahasa

Air digenggam tiada tiris.

Bermaksud :

Sangat berhati-hati mengeluarkan wang. (Peribahasa lain yang sama makna: Sebagai kepiting batu).

 

Lihat selanjutnya...(16)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
playing safeamalan berhati-hatiEkonomiTiadaTiada
conscientiousnesskeberhemahanPsikologiTiadaSikap individu yang berhati-hati,teliti, cermat, boleh dipercayai, sentiasa bersedia, teratur, dan bertanggungjawab.
hyperurbanismhiperurbanismeSosiolinguistikTiadaSikap yang terlampau berhati-hati dalam pertuturan atau penulisan terutamanya dalam pemelajaran bahasa kedua atau bahasa asing.
deliberationpertimbanganSejarahTiadaPertimbangan dan perbincangan yang berhati-hati dalam sesuatu hal atau perkara.
bedachtig (G)bedachtigKesenianTiadaIngatan kepada pemain supaya berhati-hati.
moderate risk-takingtanggung risiko sederhanaPentadbiranTiadaSikap berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan perniagaan untuk mengelakkan kemungkinan berlaku kerugian.
controlled drillinggerudi terkawalKejuruteraanTiadaPenggerudian yang dijalankan dengan berhati-hati untuk mengelakkan semburan liar atau mengawal arah lubang gerudi.
slow retrievetarik cermatPerikananTiadaKaedah menarik tali pancing dengan berhati-hati bagi mengelakkan ikan yang terlekat pada mata kail terlepas.
dovish monetary policypolisi monetari berdiplomasiEkonomiTiadaPolisi monetari yang lebih berhati-hati dengan mengurangkan kadar faedah untuk merangsang ekonomi, pesimis terhadap pertumbuhan ekonomi dan menjangkakan inflasi akan berkurangan atau menjadi deflasi dan memberi isyarat kepada pasaran melalui unjuran atau panduan hadapan.
extroversionekstroversiPsikologiPsikologi UmumCiri-ciri personaliti individu seperti penonjolan diri, peramah, sosial, kurang berhati-hati atau suka menarik perhatian. Istilah awal ekstroversi diperkenalkan oleh Jung yang kemudiannya dikembangkan lagi oleh individu atau kumpulan yang berpegang pada Teori Lima Trait Perkasa. Individu yang mempunyai ciri ini biasanya mempunyai ramai kawan, selalu ceria, suka berpeleseran dan jarang duduk berseorangan. Walau bagaimanapun, pencapaian individu ini kurang menyerlah dalam pekerjaan atau aktiviti berbanding dengan orang berpersonaliti introvert.
1234

Kembali ke atas