Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.hen.ti] | برهنتي

Definisi : 1. tidak bergerak (berjalan, bekerja, dll) lagi, tidak meneruskan lagi: enjin kereta itu sudah ~; di hujung jalan itu mereka ~; kereta api ini tidak ~ di Segamat; ia sudah ~ bersekolah; 2. berakhir, habis, tamat: hujan sudah ~, kita boleh pulang sekarang; orang kehilangan pun tiada ~ lagi; 3. meletakkan jawatan (pekerjaan dll), tidak menjadi ahli (pelanggan dll) lagi: dia ~ kerana ingin bertanding dlm pilihan raya umum; 4. berehat, melepaskan lelah: jika tuan hamba lelah ~ dahulu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.hen.ti] | برهنتي

Definisi : 1 tidak bergerak atau tidak berjalan lagi (bkn enjin kereta dll); tidak meneruskan lagi: Bas itu ~ di hadapan rumahnya. Anaknya yg tua sudah ~ sekolah. 2 berakhir; habis; tamat: Hujan sudah ~, kita boleh pulang sekarang. 3 meletakkan jawatan atau pekerjaan; tidak menjadi ahli kesatuan dll: Dia ~ kerana dia hendak melanjutkan pelajarannya di luar negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
henti
Kata Terbitan : berhenti, memberhentikan, menghentikan, pemberhentian, perhentian,

Puisi
 

Ulak- ulak perahu Kuraman,
     Pulau Burung tempat berhenti;
Apa penjolok bunga di taman,
     Belum dapat belum berhenti.


Lihat selanjutnya...(36)
Peribahasa

Sudah mengilang membajak pula.

Bermaksud :

Tak berhenti-hentinya bekerja; menderita kesusahan yang tak habis-habis. mengilang = menggilang tebu untuk diambil airnya.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
masi. Nilainya sama dengan satu ditolak dengan nisbah keadaan. (KEJ) damped wave (gelombang terlembap) Gelombang yang amplitudnya berkurangan dengan masa. (FIZ) damping (redaman) 1. Kawalan pergerakan jarum meter pengukur supaya berhenti dengan cepat dan tidak berayun apabila digunakan. 2. Pengurangan amplitud dalam litar tertala secara beransur-ansur dise- babkan lesapan tenaga dalam perintang. (KEJ) damping force (daya redaman) Lihat retarding force FIZ) star cell (sel bintang) Lihat Kupffer cell. (BIO) stellate cell (sel stelat) Lihat Kupffer cell. (BIO) stibium (stibium) Lihat antimony. (KIM) stolon (stolon) Lihat runner. (BIO) stop number (nombor berhenti) Lihat relative aperture. (FIZ) stringer (gelegar) Lihat joist. (KEJ) surface velocity (halaju permukaan) Halaju air di permukaannya. (HID) swarm sporangium (sporangium geriak) Lihat zoosporangium. (BIO) sympatholytic (simpatolitik) Bahan yang mengurangkan

Kembali ke atas