Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.him.pit.him.pit] | برهيمڤيت - هيمڤيت

Definisi : sesak-me­nye­sak, berasak-asak, bersempit-sempit: tak sanggup aku hendak menempuh orang yg berhimpit-himpit itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.him.pit.him.pit] | برهيمڤيت - هيمڤيت

Definisi : berapat-rapat hingga tidak bersela lagi; berasak-asak; berdesak-desak: Para penumpang ~ menaiki bas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
himpit
Kata Terbitan : berhimpit-himpit, menghimpit, terhimpit, himpitan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Di sini saya ada beberapa soalan ingin dikemukakan. 1) di kelilingi ATAU dikelilingi 2) kata-kata alu-aluan ATAU kata-kata aluan ATAU kata alu-aluan 3) mengesot-esot ATAU mengengsot-engsot 4) suasana himpit menghimpit ATAU suasana berhimpit-himpit 5) Pak Ali merupakan salah seorang saksi mujbir kepada peristiwa bersejarah itu, iaitu malam kemerdekaan. - apakah 'saksi mujbir' itu boleh digunakan? Atas segala perhatian pihak tuan, saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

1) dikelilingi

2) kata alu-aluan

3) mengengsot-engsot

4) suasana berhimpit-himpit

5) Mujbir ialah kata Arab yang bermaksud yang memaksa. Perkataan ini lazimnya digunakan dalam laras agama seperti wali mujbir, iaitu wali (bapa atau datuk sebelah bapa) yang boleh menikahkan anak atau cucu perempuannya yang masih dara tanpa persetujuan anak atau cucu tersebut. Untuk ayat umum, seperti "Pak Ali merupakan salah seorang saksi mujbir kepada peristiwa bersejarah itu, iaitu malam kemerdekaan." lebih baik kata mujbir digantikan dengan perkataan biasa yang memberi maksud yang dikehendaki, kerana mujbir dalam ayat ini tidak tepat maknanya seperti dalam frasa wali mujbir.

Tatabahasa15.06.2011
Mana pilihan yang sesuai Para penonton (berasak-asak atau berduyung-duyung)ke Stadium Shah Alam untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak antara pasukan Kedah dengan pasukan SelangorMenurut Kamus Dewan Edisi ke-4, berasak-asak bermaksud  berhimpit-himpit dan bertolak-tolakan, berdesak(-desak), manakala berduyun-duyun (bukan berduyung-duyung) pula bermaksud beramai-ramai dan tidak putus-putus, berbondong-bondong (datang, pergi dan sebagainya). Oleh itu dalam contoh ayat di atas, kedua-dua perkataan berasak-asak dan berduyun-duyun boleh digunakan dengan membawa maksud yang berbeza.Makna09.02.2009
Yang paling tepat bagi ayat di bawah 1Orang ramai________di perhentian bas untuk pulang ke kampung. A.BERASAK-ASAK B.BEPUSU-PUSU C.BERDUYUN DUYUNKetiga-tiga perkataan tersebut boleh menjadi kata kerja dalam ayat tersebut. Berpusu-pusu sama maksudnya dengan berduyun-duyun, iaitu berkerumun atau bergerak beramai-ramai. Berasak-asak bermaksud  berhimpit-himpit dan bertolak-tola­kan. Jika perkataan berpusu-pusu dan berduyun-duyun setara maknanya, maka pilihan jawapan yang tepat untuk ayat tersebut ialah berasak-asak.Tatabahasa03.03.2014
Salam sejahtera, Apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk merujuk orang berlanggaran (punggung dengan punggung) akibat ruang yang sempit? Contoh ayat, Orang yang berdiri di dalam bus yang penuh itu terpaksa "berlanggaran" antara satu sama lain. Apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikan perkataan "berlanggaran"?Dalam sumber rujukan kami tidak ada kata khusus yang merujuk kepada perbuatan berlanggaran akibat ruang yang sempit, namun perbuatan yang paling hampir dengan situasi tersebut ialah bergesel, bersesak-sesak atau berhimpit-himpit.Tatabahasa03.09.2010

Kembali ke atas