Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ri.ta] | بريتا

Definisi : 1. maklumat mengenai sesuatu kejadian (peristiwa, diri sendiri, dll) yg disampaikan (sama ada secara lisan atau dgn surat dsb), khabar, warta: semenjak itu tidak pernah saya lihat wajah suami saya, malah mendengar ~nya pun tidak pernah; 2. siaran atau penyampaian berita (melalui televisyen atau radio); ~ acara laporan berkenaan sesuatu perkara; ~ angin khabar yg belum pasti, desas-desus; ~ kawat berita yg diterima melalui kawat (telegram); ~ negara majalah kerajaan yg rasmi; ~ perdana berita yg disiarkan pd waktu siaran yg dianggap terpenting (kerana ramai dijangka mendengar radio atau menonton televisyen pd waktu itu); ~ sepekan majalah mingguan;berberita sl mengkhabarkan, memberitahukan: setelah Sultan Abdul Jamal mendengar titah Laksamana itu, maka titah baginda: “Siapa yg ~ ke Melaka?”;memberitakan mengkhabarkan, melaporkan, memberitahukan: Jepun ~ bahawa kapalnya itu sudah tenggelam;pemberitaan 1. perihal mengkhabarkan: kami pelajari cara-cara ~ akhbar itu; 2. maklumat, laporan, siaran: kami berterima kasih atas ~mu; 3. ark laporan mengenai sesuatu perkara;pemberita orang yg memberitakan, juruberita, juruwarta: Perdana Menteri berkata demikian ketika ditemui oleh ~-~ akhbar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ri.ta] | بريتا

Definisi : laporan ttg sesuatu hal; khabar: ~ ttg perundingan mereka di rumah Siti Fatimah telah sampai kpd Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar. memberitakan membuat laporan ttg sesuatu; mengkhabarkan: Surat khabar itu ~ bahawa persidangan tiga negara itu terpaksa ditunda. pemberitaan perihal atau perbuatan memberitakan. pemberita orang yg memberitakan atau yg membuat laporan ttg sesuatu: Sekembalinya dr Mekah, beliau telah dikerumuni oleh ~-~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berita

Puisi
 

Sayang buah pulang ke laut,
     Khabar berita saya turut;
Bunga hadiah saya menyambut,
     Tutur belia saya menurut.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Memecah tuba.

Bermaksud :

Menyiarkan berita yang mencemaskan orang mendengarnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
news featureberita rencanaKomunikasiTiadaBerita atau rencana yang ditulis daripada bahan berita. Berita ini menggunakan gaya penulisan yang lebih bebas, kritikal dan kreatif berbanding penulisan berita biasa.
Saturday night specialkeistimewaan malam mingguPentadbiran PerniagaanTiadaIstilah yang merujuk kepada berita-berita yang diumumkan secara mengejut selepas pasaran ditutup pada hujung minggu dagangan yang akan memberi kesan kepada harga sekuriti pada minggu berikutnya.
hard newsberita segeraKomunikasiTiadaBerita yang penting dan perlu disiarkan segera bagi mengelakkan kehilangan nilai berita atau menjadi berita basi. bd. berita lembut.
fillerberita penyendalKomunikasiTiadaBerita yang dimasukkan sebagai bahan jika akhbar atau siaran berita berkenaan tidak memiliki jumlah berita yang mencukupi untuk mengisi ruang berita atau masa siaran yang ada. Biasanya, berita ini dianggap tidak mengandungi nilai berita yang tinggi dan hanya berjumlah satu atau dua perenggan sahaja.
news anglesudut beritaKomunikasiKorporatPerspektif yang digunakan oleh penulis untuk menyediakan sesebuah berita. Sesuatu kejadian yang berlaku boleh diangkat menjadi berita dan ditulis mengikut perspektif yang sesuai dengan format serta dasar sesebuah stesen penyiaran atau syarikat penerbitan. Sekiranya rancangan berita itu berorientasikan hiburan, maka berita yang ditulis akan menonjolkan aspek hiburan. Sekiranya berita ditulis untuk segmen ekonomi, maka berita tersebut akan memberikan tumpuan kepada unsur ekonomi. Bagi berita yang disediakan sebagai kenyataan atau siaran akhbar oleh bahagian perhubungan awam sesebuah organisasi, biasanya pendirian organisasi diambil kira dalam penulisan berita tersebut. Keutamaan perspektif berita ditumpukan kepada operasi atau kegiatan utama organisasi yang berorientasikan industri telekomunikasi berkenaan.
news gatheringpengumpulan beritaKomunikasiTiadaProses mendapatkan bahan berita. Proses mengumpul berita biasanya bermula dari peringkat perancangan, penyelidikan dan pengumpulan bahan sehinggalah ke peringkat berita itu disiarkan.
tight storyberita padatKomunikasiTiadaBerita yang mengandungi maklumat penting dengan penghematan perkataan. Biasanya, agensi berita akan memastikan berita yang ditulis oleh wartawan adalah padat dan tidak membazir perkataan sebagai langkah untuk menjimatkan kos perkhidmatan.
global newsberita sejagat / berita globalKomunikasiTiadaTiada
news programmerancangan berita; siaran beritaKomunikasiTiadaTiada
press coverageliputan akhbarKomunikasiTiada1. Penyiaran laporan berita oleh media massa. 2. Kehadiran wartawan dalam sesuatu acara bagi mendapatkan berita. 3. Berita yang disiarkan.
12345678910...

Kembali ke atas