Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ja.lan] | برجالن

Definisi : 1 bergerak dgn melangkahkan kaki: Tiap-tiap pagi, dia ~ ke sekolah. 2 bergerak dr satu tempat ke satu tempat: Kereta itu ~ perlahan-lahan. 3 berlangsung; berlaku: Mesyuarat itu ~ spt yg dijadualkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,

Puisi
 

Berjalan kaki menuju ke paya,
     Singgah sekejap menggali cacing;
Wahai tuan saya bertanya,
     Di mana jari menyarung cincin.


Lihat selanjutnya...(66)
Peribahasa

Berjalan peliharakan kaki,
     berkata peliharakan lidah.

Bermaksud :

Hendaklah selalu beingat-ingat dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

 

Lihat selanjutnya...(37)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
inertiasifatekunMekanikGunaanRintangan jasad terhadap perubahan halaju. Sifatekunlah yang menyebabkan kereta yang sedang berjalan akan terus berjalan untuk beberapa ketika jika injak cekamnya ditekan (iaitu roda tidak lagi dipacu oleh enjin), dan yang menyebabkan kipas terus berpusing untuk seketika selepas bekalan kuasa kepada kipas itu dihentikan. Ukuran kuantitatif bagi sifatekun yang berpadanan dengan gerakan bukan sudutan ialah jisim. Sifatekun yang berpadanan dengan gerakan sudut dinamai momen sifatekun. Sinonim inersia. Lihat juga jisim, momen sifatekun, roda tenaga.
walking tourlawatan berjalanPelanconganTiadaPerihal melawat ke tempat yang menarik secara berjalan berpandukan peta.
foot tourlawatan berjalan kakiPelanconganTiadaProgram yang diatur untuk menggalakkan pelancong berjalan dari satu tempat tarikan ke tempat tarikan yang lain, biasanya berdekatan antara satu sama lain.
horse headkepala kudaKejuruteraanPetroleumPeranti yang berbentuk melengkung yang dipasang di hujung rasuk berjalan unit pengepaman rasuk, iaitu di hujung rasuk berjalan yang terletak di atas kepala telaga. Pada peranti ini tergantung tali kekang atau kabel penggantungan bagi sistem pengepaman rod penyedut tersebut. Rujuk: tali kekang.
saddle bearinggalas pelanaKejuruteraanPetroleumGalas yang terletak di antara rasuk berjalan dengan tiang Sampson pada unit pengepaman bagi sistem pengepaman rod penyedut. Berguna untuk menggalas kedudukan rasuk berjalan pada tiang Sampson.
sleep walkingberjalan semasa tidurPsikologiPsikologi UmumTingkah laku tidak sedar yang dilakukan individu semasa tidur terutamanya di peringkat NREM (tidur bukan gerak cepat). Dalam keadaan ini, mata individu masih terbuka tetapi dalam keadaan bingung dan mengheret kakinya sebagai tanda dia berada dalam keadaan tidur. Individu ini biasanya tidak mempunyai masalah untuk berjalan seperti boleh menuruni tangga dengan baik. Tingkah laku ini dikenali juga sebagai somnambulisme.
walking beamrasuk berjalanKejuruteraanPetroleumSinonim : rasuk Keluli yang merupakan bahagian mendatar pada unit pengepaman rasuk yang berguna bagi mendapatkan gerakan penyilangan dalam mekanisme kerja unit pam rod penyedut. Untuk ini, keluli tersebut akan bergerak ke atas dan ke bawah. Pergerakan ini diperoleh daripada pergerakan perputaran engkol yang dihubungkan ke rasuk berjalan oleh lengan pitman. Rujuk : unit pengepaman rasuk; lengan pitman.
pitmanpitmanKejuruteraanPetroleumSinonim : lengan Pitman Batang atau lengan yang menghubungkan engkol dengan rasuk berjalan pada unit pengepaman rasuk bagi sistem pengepaman rod penyedut. Lengan ini berguna untuk mengubah gerakan berputar engkol menjadi gerakan ke atas dan ke bawah rasuk berjalan atau sebaliknya.
beam-pumping unitunit pengepaman rasukKejuruteraanPetroleumMesin yang direka khusus untuk sistem pengepaman rod penyedut yang menggunakan rasuk berjalan mendatar dalam mekanisme operasinya bagi mendapatkan gerakan penyilangan yang diperlukan untuk menggerakkan unit pam rod penyedut. Merupakan salah satu peralatan permukaan bagi sistem pengepaman rod penyedut. Rujuk : rasuk berjalan.
travellingberjalan (Bola Keranjang)SukanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas