Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berjambak


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fibratusfibratusMeteorologiMeteorologi PerhubunganSpesies awan yang mempunyai ciri filamen menyerupai bulu halus atau jalur yang lazimnya nyata terpisah antara satu dengan lain. Hujung filamen selalunya nipis dan tidak berjambak atau bercangkuk. Spesies ini terdapat terutamanya pada genus sirus dan sirostratus. Fibratus sirostratus boleh mengembang daripada fibratus sirus atau spisatus sirus. Lihat pengelasan awan.
fibratusfibratusSainsHidrometeorologiSpesies awan yang dicirikan oleh kandungan yang serupa bulu halus atau jalur. Filamen kandungan tersebut lazimnya nyata terpisah antara satu dengan lain. Hujung filamen selalunya nipis dan tidak berjambak atau bercangkuk. Spesies ini terdapat terutamanya pada genus sirus dan sirostratus. Fibratus sirostratus boleh mengembang daripada fibratus sirus atau spisatus sirus.
Solanum torvumTerung pipit, terung rembangPertanianTiadaTumbuhan daripada famili Solanaceae, dikenali sebagai terung rembang, daripada spesies jenis renek, berketinggian 1-2 meter dan mempunyai duri pada batang serta daun. Keseluruhan tumbuhan berbulu halus, daun jenis ringkas, berbentuk bujur dan bercuping enam. Bunganya kecil, berjambak dan berwarna putih. Buahnya berbentuk bulat dan kecil jenis beri berbiji banyak, berwarna hijau ketika muda dan bertukar kekuningan apabila masak. Pokok ini mengandungi beberapa jenis sebatian kimia seperti trovosida, heksatriakontanon, triakontanoil, nioklorogen. Tumbuhan ini mudah ditemui tumbuh liar di kawasan lapang dan tanah terbiar. Buahnya berkhasiat untuk menurunkan tekanan darah tinggi manakala daunnya digunakan untuk merawat pitam, bisul, batuk dan sakit kepala.
Solanum torvumterung pipitHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan daripada famili Solanaceae yang dikenali juga sebagai terung rembang daripada spesies jenis renek, berketinggian 1 meter hingga 2 meter dan mempunyai duri pada batang serta daun. Keseluruhan tumbuhan berbulu halus, dan daunnya jenis ringkas, berbentuk bujur dan bercuping enam. Bunganya kecil, berjambak dan berwarna putih. Buahnya berbentuk bulat dan kecil jenis beri berbiji banyak, berwarna hijau ketika muda dan bertukar kekuning-kuningan apabila masak. Pokok ini mengandungi beberapa jenis sebatian kimia seperti trovosida, heksatriakontan, triakontanol dan nioklorogen. Tumbuhan ini mudah ditemukan tumbuh liar di kawasan lapang dan tanah terbiar. Buahnya berkhasiat untuk menurunkan tekanan darah tinggi, manakala daunnya digunakan untuk merawat pitam, bisul, batuk dan sakit kepala.

Kembali ke atas