Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ja.ya] | برجاي

Definisi : beroleh kemenangan, mencapai ke­majuan, berhasil: tidak ada harapan cita-citanya akan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ja.ya] | برجاي

Definisi : mendapat kemenangan; berhasil: Ia ~ memasuki pertandingan akhir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jaya
Kata Terbitan : berjaya, menjayakan, kejayaan,

Puisi
 

Berapa tinggi Bukit Malingan,
     Sama bertimbang Bukit Berjaya;
Kalau sudah musimnya hujan,
     Tidak keras bukit di paya.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ham actinglakon lampauKesenianDrama dan TeaterGaya lakon berlebih-lebihan dan tidak meyakinkan untuk mengajuk atau memperolokkan manusia yang berjaya, yang ingin berjaya atau yang gagal memainkan peranan mereka dalam kehidupan. Pelakon yang menggunakan gaya ini tidak menunjukkan kemampuan atau kemahiran sebagai pelakon dan tidak menyedari gaya tersebut sudah ketinggalan.
possessionpemilikanSukanRagbiPerihal pemain yang berjaya memiliki bola, atau pasukan yang berjaya mengawal bola dalam sesuatu situasi.
possessionmilik; pemilikanEkonomiTiadaPemilikan: Perihal pemain yang berjaya memiliki bola, atau pasukan yang berjaya mengawal bola dalam sesuatu situasi.
effectivenesskeberkesananPengurusanPerancanganTahap yang menentukan sejauh mana sesebuah organisasi berjaya mencapai sasaran atau matlamat yang ditetapkan. Penentuan tahap keberkesanan adalah penting dalam proses pengukuran dan pemantauan prestasi organisasi sebagai sebahagian daripada fungsi pengurusan. Organisasi dianggap berkesan jika berjaya menyediakan produk atau perkhidmatan yang mempunyai nilai kepada pelanggannya. Contohnya, syarikat yang berjaya mengeluarkan produk mengikut spesifikasi dan kuantiti yang ditetapkan.
bouncebacksertaan tawaranKomunikasiKorporatTawaran tambahan yang dibuat kepada pengguna yang bertindak balas terhadap tawaran asal yang dibuat oleh syarikat. Tawaran ini disertakan bersama dengan barangan asal yang telah dipesan. Strategi penjualan barangan dengan cara ini berjaya kerana: (i) Syarikat berjaya mengenal pasti kecenderungan minat pengguna terhadap sesuatu jenis barangan. (ii) Syarikat berupaya memperkenalkan lebih banyak pilihan jenis barangan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna. (iii) Syarikat boleh mendapatkan tambahan senarai pelanggan yang bekecenderungan tinggi menjadi pelanggan tetap syarikat. Selain tawaran barangan tambahan, pengguna kerap juga ditawarkan dengan ganjaran lain dalam bentuk kupon potongan harga, tawaran keahlian istimewa, hadiah, tawaran cabutan nombor bertuah dan sebagainya.
binomial distributiontaburan binomialMatematikTiadaTaburan kebarangkalian yang memodelkan keadaan menjalankan n kali percubaan dengan setiap percubaan mempunyai kebarangkalian berjaya p. Kebarangkalian bagi k antara n percubaan itu berjaya ialah nCkpk (1-p)n-k.
one-time-use passwordkata laluan sekali gunaTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKata laluan yang ditukar selepas setiap sesi log masuk berjaya dilakukan. Penukaran ini dilakukan apabila terdapat kemungkinan besar kata laluan tersebut dipintas oleh pengguna hasad. Apabila log masuk berjaya dilakukan, kata laluan akan ditukar oleh pengguna atau dijanakan secara rawak oleh penjana kata laluan. Seterusnya, kata laluan yang lama akan dibatalkan dan menyebabkannya tidak berguna lagi kepada pengguna hasad.
despotismdespotismeBiologiEkologiSejenis keagresifan sosial dalam hierarki haiwan, seperti yang berlaku pada ayam. Katakan ada 12 ekor ayam. Ada seekor yang paling berjaya dan menjadi raja kepada yang lain. Selepas raja ini, ada seekor ayam lagi yang kurang agresif daripada raja tadi, tetapi lebih berjaya daripada yang 10 lagi. Keadaan ini akan berterusan sehingga ayam yang kedua belas yang tidak dapat mematuk sesiapa pun, tetapi akan dipatuk oleh semua ayam lain.
self-fulfilling propheciestelahan pemenuhan kendiriPsikologiPsikologi UmumAgakan yang membuatkan individu bertindak dengan cara yang membolehkan harapan menjadi kenyataan. Contohnya, sekiranya individu mengagak dirinya boleh berjaya, maka individu tersebut akan bekerja keras supaya kejayaan itu tercapai. Sebaliknya, sekiranya dia mengagak dirinya tidak boleh berjaya, maka individu tersebut tidak akan banyak berusaha sehingga kemungkinan untuk gagal adalah tinggi. Harapan biasanya muncul daripada tahap kepercayaan terhadap kemampuan diri yang diperoleh daripada usaha meningkatkan kecekapan, merentasi halangan dan belajar daripada kesilapan.
blue ocean strategystrategi lautan biruPengurusanPerancanganSuatu strategi persaingan unik yang menekankan cara sesebuah organisasi boleh berjaya dengan mewujudkan pasaran baharu yang tiada persaingan (lautan biru). Strategi lautan biru juga bertujuan mengelakkan situasi persaingan sengit (lautan merah) dalam pasaran yang terhad. Pendekatan strategi lautan biru boleh dilakukan dengan merangsang permintaan baharu dan suatu nilai tambah yang berbeza daripada perspektif pelanggan. Contoh strategi lautan biru yang berjaya ialah pendekatan oleh syarikat penerbangan yang menawarkan tambang murah dan perkhidmatan yang selesa bagi memperluaskan pasaran pelanggannya.
12345678910...

Kembali ke atas