Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : berhemat-hemat, berhati-hati (terutamanya dlm peng­gunaan wang dll) (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jimat
Kata Terbitan : berjimat, menjimatkan, kejimatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perlukah ada sengkang (-) di antara berjimat dan cermat bagi perkataan berjimat cermat ? berjimat cermat atau berjimat-cermat ?Ejaannya ialah berjimat cermat.Ejaan26.08.2014
berjimat cermat / berjimat-cermat

Saudara,

Ejaannya ialah berjimat cermat.

Ejaan17.03.2010
Salam sejahtera, 1. Di dalam Kamus Dewan = bertungkus-lumus Di dalam kamus Pelajar Edisi Khas KBSM = bertungkus lumus (tiada tanda sempang). 2. berjimat-cermat @ berjimat cermat Mohon pandangan tuan yang manakah betul.Bertungkus lumus dieja tanpa tanda sempang kerana kedua-dua perkataan tersebut apabila diasingkan mempunyai makna yang tersendiri.Tatabahasa29.04.2012
Yang manakah betul? 1. berjimat cermat atau berjimat-cermat? 2. nyamuk Aedes atau aedes?Ejaannya ialah berjimat cermat.
Ejaannya ialah nyamuk Aedes
Ejaan08.10.2018
Nur'ain Iman Oct 7th, 10:32am Salam sejahtera. Saya ada pertanyaan. Mengenai kata ganda Berjimat cermat atau berjimat-cermat?Ejaan yang betul ialah berjimat cermat.Ejaan07.10.2014
Adakah penggunaan berjimat cermat dalam ayat berikut bermaksud berjimat ? Kita mesti berjimat cermat seperti Syarul yang menyimpan wang yang diberi oleh ibunya dalam tabung.Ya, "berjimat cermat" dalam ayat tersebut di atas bermaksud "berjimat" atau "berhemat-hemat", iaitu tidak boros dalam hal membelanjakan wang.Makna09.07.2014
Adakah kata sendi 'untuk' harus ada untuk tajuk buku berikut? 100 Cara Berjimat Cermat atau 100 Cara untuk Berjimat CermatKata sendi nama "untuk" tidak perlu hadir dalam tajuk tersebut. Ungkapan "100 Cara Berjimat Cermat" boleh digunakan sebagai tajuk buku.Tatabahasa13.06.2013
Jawapan yang diterima: Ejaan berjimat- cermat ada sempang. Harap maklum. Hasil carian kata: berjimat cermat Mana satu yang betul? Harap pihak tuan dapat memberikan keterangan yang jelas. Jawapan yang ditunjukkan sememangnya menunjukkan kekeliruan. Harap pihak tuan dapat membetulkannya sebelum terlambat. Sekian, terima kasih.Ejaan yang betul ialah berjimat cermat, tanpa tanda sempang.Tatabahasa02.02.2015
perkataan penambahbaikkan - 1 atau 2 perkataan? berjimat cermat - ada tanpa sempang atau tidak?Jawapannya ialah penambahbaikan. Ejaan berjimat- cermat ada sempang. Harap maklum.Tatabahasa23.05.2008
amalan menabung bolah melatih anak-anak supaya berjimat-cermat,ayat ini betul tak?terima kasihAyat yang gramatis ialah "amalan menabung bolah melatih anak-anak berjimat-cermat".Tatabahasa06.07.2012
123

Kembali ke atas