Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ka.bung] | برکابوڠ

Definisi : 1. memakai kabung (tanda ber­dukacita): setelah baginda dikebumikan, maka mereka itu sekaliannya pun ~lah empat puluh hari; 2. memperlihatkan tanda-tanda sedang berdukacita (kerana kematian seseorang dll): dia memakai pakaian hitam kerana katanya dia sedang ~ kerana kematian suaminya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ka.bung] | برکابوڠ

Definisi : memakai kabung sbg tanda bersedih: Setelah baginda dikebumikan; maka rakyat sekaliannya pun ~lah selama empat puluh hari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kabung
Kata Terbitan : berkabung, perkabungan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud berkabung

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, berkabung ialah memakai kabung sebagai tanda berdukacita atau memperlihatkan tanda-tanda sedang berdukacita.

Makna11.07.2009
Salam, jika kita hendak merujuk seorang bukan Islam yang sudah meninggal, perlukah kita mengulang perkataan 'mendiang' atau gunakan sekadar sekali sudah memadai pada awal ayat? Contoh: Kami di sini sedang berkabung sempena kematian mendiang/Mendiang Nenek Padma. Dia/Mendiang meninggal dunia akibat serangan jantung. Mak Cik Naina yang menjaga mendiang/Mendiang (perlu ada atau tidak penggunaan perkataan 'mendiang') Nenek Padma semasa dia lumpuh. Sekian terima kasih.Perkataan "mendiang" perlu diulang dalam konteks yang tersebut, atau tuan boleh menggunakan ayat majmuk seperti, di sini sedang berkabung bersempena dengan kematian Mendiang Nenek Padma yang meninggal dunia akibat serangan jantung.Tatabahasa06.03.2014
makna pasrahBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud pasrah ialah menyerah; memasrahkan menyerahkan: kepada-Nyalah kita pasrahkan doa dan harapan; terpasrah terserah; kepasrahan keadaan menyerah diri (nasib) kpd Tuhan: ~ doa utk menunggu saat-saat berkabung.Istilah08.07.2010

Kembali ke atas