Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cikgu, penggunaan di bawah yang manakah baru betul? 1. prihatan terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling. 2. prihatin tentang persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling. 3. prihatin mengenai persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling. Kata nama "persoalan" bukankah kata nama tak hidup abstrak? Bukankah patut menggunakan kata sendi nama "tentang" atau "mengenai" sedangkan kedua-dua kata sendi nama ini sama maksudnya.Ayat yang betul ialah "prihatin tentang persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling" dan "prihatin mengenai persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling".

Tatabahasa13.05.2014
Saya bernama Mareenee Sama-alee pelajar bahasa Melayu Dasar,ingin bertanya,apakah buku yang berkaitan dengan Bahasa Melayu di Fatani,terima kasih.Untuk makluman tuan, tiada data mengenai buku berkaitan dengan bahasa Melayu di Pattani, Thailand dalam rujukan kami. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan tuan boleh membuat rujukan di perpustakaan atau universiti untuk mencari buku berkaitan dengan Thailand. Lain-lain06.11.2013
Ada tak peribahasa yang berkaitan dengan menimba atau mencari ilmu? Terima kasih.

Peribahasa yang berkaitan dengan kepentingan ilmu adalah seperti yang berikut:

1. Melentur biarlah dari rebung
2. Bolehkah gabus sebelum diasah?
3. Biduk kalau tidak berkemudi, bagaimana ia akan laju
4. Supaya tahu akan pedas lada, supaya tahu akan masin garam.

Lain-lain03.10.2016
Apakah hubungan paradigmatik dan sintagmantik dalam Bahasa Melayu?Paradigmatik bermaksud berkaitan dengan paradigma. Sintagmatik bermaksud berkaitan dengan  sintaksis atau ayat. Paradigmatik berlaku secara menegak dan sintagmatik secara melintang. Sila rujuk buku atau makalah dalam bidang ini yang terdapat di perpustakaan yang berhampiran dengan saudara.Tatabahasa15.08.2012
Adakah istilah angka pengimbang wujud dalam bidang perakaunan?Istilah angka pengimbang ialah merujuk istilah sumber balancing figure yang berkaitan dengan bidang ekonomi dan boleh juga berkaitan dengan bidang perakaunan.Lain-lain22.12.2017
salam 1 Malaysia, yang manakah ayat yang sesuai yang menunjukkan penggunaan adalah dan ialah bagi contoh ayat berikut; 1. Kebanyakan item cadangan tersebut adalah cadangan yang berkaitan dengan kebajikan dan beban kerja guru 2. Kebanyakan item cadangan tersebut ialah cadangan yang berkaitan dengan kebajikan dan beban kerja guru sekian tqKebanyakan item cadangan tersebut ialah cadangan yang berkaitan dengan kebajikan dan beban kerja guru.Tatabahasa28.08.2015
Saya nama Mareenee belajar bahasa Melayu Dasar,ingin bertanya apakah buku yang berkaitan dengan sejarah bangkok,terima kasihThailand dalam rujukan kami. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan tuan boleh membuat rujukan di perpustakaan atau universiti untuk mencari buku berkaitan dengan Thailand. Puan juga boleh merujuk laman web  http://www.ukm.my/penerbit/f569-x.html  untuk buku terbitan UKM. Lain-lain20.11.2013
Apakah yang dimaksudkan dengan fokas kemenjadian?

Tidak ada data yang berkaitan dengan fokas kemenjadian dalam sumber rujukan kami. Perkataan fokas yang ditemukan hanyalah yang berkaitan dengan karya kreatif yang menjadi tajuk akhbar/makalah seperti:

Fokas penulis adalah pada protagonisnya | Tiada | Mingguan Timur | 11.04.1976

Fokas Drama di Pahang tahun lalu | Ami Masra | Berita Harian | 14.04.1979

Makna24.09.2012
Saya keliru bahawa pengggunaan "berkaitan dengan" atau "berkait dengan" barulah betul. Contoh: 1. ......berkaitan dengan alam sekeliling 2. ......berkait dengan alam sekeliling Yang manakah betul dan kenapa?Untuk melihat perbezaan penggunaan kedua-dua perkataan tersebut, tuan perlu melihat makna kedua-dua kata. Berkait bermaksud:  i. mempunyai kait, bercangkuk hujungnya;  ii. tersangkut (pada); dan iii. berkaitan (bersangkutan, berhubungan, berkenaan). Oleh itu, untuk situasi yang membawa maksud bersangkutan atau berhubungan kata berkait dan berkaitan boleh digunakan, manakala untuk situasi yang lain kata berkait sahaja yang digunakan.Tatabahasa13.05.2014
Oleh itu, "berkaitan dengan alam sekitar" dan "berkait dengan alam sekitar" kedua-dua pun betul? Kedua-dua perkataan "berkaitan" dan "berkait" boleh digunakan dalam situasi ini?Frasa yang lebih gramatis ialah berkaitan dengan alam sekitar.Tatabahasa14.05.2014
12345678910...

Kembali ke atas