Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ka.nun] | برقانون

Definisi : ditubuhkan, dibenarkan dsb mengikut statut atau undang-undang tertentu: organisasi itu merupakan sebuah badan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ka.nun] | برقانون

Definisi : diluluskan oleh undang-undang; menurut undang-undang yg diluluskan oleh Parlimen. badan ~ badan (spt Dewan Bahasa, MARA, UDA) yg ditubuhkan oleh kerajaan dgn kelulusan Parlimen utk menyelenggarakan sesuatu dgn mendapat bantuan kewangan drpd kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkanun


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BADAN BERKANUN

BADAN BERKANUN, sebuah perbadanan awam dalam struktur pentadbiran kerajaan. Badan berkanun ditubuhkan oleh kerajaan Persekutuan di bawah undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen, dan oleh kerajaan negeri di bawah enakmen yang diluluskan oleh Dewan Undang Negeri masing-masing. Penubuhan badan berkanun pada umumnya bertujuan untuk membolehkan penglibatan kerajaan secara terus dan lebih berkesan dalam bidang perkhidmatan awam dan pembangunan sosioekonomi yang memerlukan modal yang banyak dan kurang mendapat sambutan daripada sektor swasta. Badan berkanun dijangka akan dapat memainkan peranan yang lebih aktif dan bebas kerana badan tersebut tidak perlu mengikut peraturan biasa yang diamalkan dalam pentadbiran kerajaan, walaupun badan itu diletakkan di bawah kuasa kerjaaan Persekutuan dan kerajaan Negeri.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
PERBADANAN PEMBANGUNAN BANDAR (UDA)

Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA)

ialah badan berkanun di bawah Kementerian

Pembangunan Usahawan. Badan ini lebih dikenali

sebagai UDA iaitu singkatan daripada Urban

Development Authority. UDA berfungsi sebagai

pelaksana dasar-dasar kerajaan bagi menyusun

semula masyarakat selaras dengan Dasar Ekonomi

Baru (DEB) melalui pembangunan dan

penyusunan semula bandar.

UMUM 
GETAH (RISDA)

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil

Getah (RISDA) ialah agensi berkanun yang

bertanggungjawab terhadap rancangan

penanaman semula getah. RISDA adalah singkatan

Rubber Industry Smallholder’s Development

Authority atau Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun

Kecil Getah. RISDA ditubuhkan pada 1 Januari 1973

di bawah Undang-undang Malaysia (85) 1972, Akta

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil

Perusahaan Getah. Sebelum itu, ia dikenali dengan

nama Lembaga Perusahaan Tanam Semula Getah

(LPTSG) yang terletak di bawah bidang kuasa

Kementerian Perusahaan Utama. Pada tahun 1978,

RISDA diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan

Tanah dan Wilayah. Manakala pada tahun 1992,

pentadbirannya diletakkan di bawah Kementerian

Pembangunan Luar Bandar.

UMUM 
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL)

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

ialah badan berkanun yang bertanggungjawab

menyelenggara dan melaraskan kegiatan

pembangunan di kawasan bandar raya Kuala

Lumpur yang meliputi keluasan 243.62 kilometer

persegi.

UMUM 
LEMBAGA PENYATUAN DAN PEMULIHAN TANAH PERSEKUTUAN (FELCRA)Lembaga Penyatuan dan Pemulihan
Tanah Persekutuan (FELCRA) ialah badan
berkanun yang terletak di bawah Kementerian
Pembangunan Luar Bandar. Ia ditubuhkan di
bawah Akta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan
Tanah Negara yang bertarikh 1 April 1966 dan
pindaan 1989. FELCRA ialah singkatan daripada
Federal Land Consolidation and Rehabilitation
Authority.
UMUMUmum
KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

(KWSP) ialah badan berkanun dan tabung amanah

yang ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang

Simpanan Pekerja 1951. KWSP ditubuhkan pada

1 Oktober 1951 dengan tujuan untuk menyediakan

badan yang menjaga kebajikan sosial ahlinya

melalui Skim Simpanan Wajib.

UMUM 
LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) ialah badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANInstitusi/Organisasi
FELCRA

FELCRA, agensi berkanun. FELCRA ialah singkatan Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority (Lembaga Penyatuan Pemulihan Tanah Persekutuan). FELCRA ditubuhkan di abwah Akta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara yang bertarikh 1 April 1966 dan pindaan 1989. Pada peringkat awal, FELCRA diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Tanah dan Pembangunan Wilayah. Kini FELCRA diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Khidmat FELCRA disalurkan melalui rangkaian pejabat dan tapak rancangan di seluruh negara. Dasar atau pengawasan dan pelaksanaan FELCRA dirangka oleh Lembaga Pengurus.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
MARA

MARA, agensi berkanun. MARA ialah singkatan Majlis Amanah Rakyat. Ia ditubuhkan melalui Akta Parlimen 1966, sebagai sebuah badan berkanun. Sejarah penubuhan MARA adalah berikutan bubarnya Rural and Industrial Development Authority (RIDA) atau Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan yang telah ditubuhkan pada tahun 1950 untuk memperbaiki ekonomi dan sosial bumiputera di Tanah Melayu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG, sebuah badan berkanun di bawah pengawasan Kementerian Pertanian. Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah ditubuhkan pada 14 Februari 1973 sebagai badan berkanun persekutuan menerusi akta yang diluluskan iaitu yang dikenal sebagai Akta Pertubuhan Peladang 1973. Di bawah Seksyen 4 Akta ini, dijelaskan tujuan penubuhan LPP iaitu:

BUDAYAInstitusi/Organisasi
12

Kembali ke atas