Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ka.nun] | برقانون

Definisi : ditubuhkan, dibenarkan dsb mengikut statut atau undang-undang tertentu: organisasi itu merupakan sebuah badan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ka.nun] | برقانون

Definisi : diluluskan oleh undang-undang; menurut undang-undang yg diluluskan oleh Parlimen. badan ~ badan (spt Dewan Bahasa, MARA, UDA) yg ditubuhkan oleh kerajaan dgn kelulusan Parlimen utk menyelenggarakan sesuatu dgn mendapat bantuan kewangan drpd kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkanun


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Helmholtz energy of canonical partition functiontenaga Helmholtz fungsi pembahagian berkanunKejuruteraanKejuruteraan KimiaTenaga Helmholtz sesuatu bahan yang ditentukan daripada fungsi pembahagian berkanun melalui hubungan berikut: 1nQ = - bA, b = (kBT)-1, dengan A = tenaga Helmholtz, Q = fungsi pembahagian berkanun, T = suhu, kB = pemalar Boltzmann.
statutory bodybadan berkanunPentadbiranTiadaAgensi yang diperbadankan di bawah akta parlimen atau enakmen negeri yang berperanan melaksanakan dan melancarkan fungsi jabatan kerajaan. Badan berkanun bersifat separa kerajaan yang bertujuan menjalankan aktiviti bercorak komersil atau separuh komersil. Sebarang perkara yang berkaitan dengan hal ehwal pentadbiran badan berkanun seperti fungsi, urusan perkhidmatan, peruntukan kewangan dan perjawatan diperuntukkan di bawah akta atau enakmen yang berkaitan. Contohnya, FELDA, MARA, FAMA dan RISDA.
internal energy of canonical distribution functiontenaga dalaman fungsi pembahagian berkanunKejuruteraanKejuruteraan KimiaTenaga dalaman sesuatu bahan yang ditentukan daripada fungsi pembahagian berkanun melalui hubungan berikut: U = (�1nQ / �B)|N,V, b = (kB T)-1, dengan U = tenaga dalaman, T = bilangan zarah, V = isi padu, Q = fungsi pembahagian berkanun, kB = pemalar Boltzmann.
statutory declarationakuan berkanunUndang-undangTiadaAkuan secara bertulis mengikut peruntukan Akta Akuan Berkanun 1960.
chartered librarianpustakawan berkanunPerpustakaanTiadaOrang yang diperakui layak secara profesional oleh Daftar Pustakawan Berkanun yang diselenggarakan oleh Persatuan Perpustakaan.
statutory requirementkeperluan berkanunEkonomiEkonomi IslamNilai aset tertentu milik institusi kewangan yang terdiri daripada dua komponen, iaitu keperluan rizab berkanun yang disimpan di bank pusat mengikut seksyen 37(1)(C) Ordinan Bank Negara Malaysia, 1985 dan keperluan mudah tunai yang disimpan di institusi kewangan itu sendiri. Sebagai contoh, keperluan mudah tunai bagi Bank Islam Malaysia Berhad dinyatakan dalam seksyen 38(1) Akta Bank Islam, 1983.
canonical formbentuk berkanunKejuruteraanKejuruteraan KimiaFungsi seperti tenaga Gibbs yang diketahui bersandarkan tekanan P dan suhu T. Fenomenon ini dijelaskan sebagai G = G(T, P). Bentuk berkanun bagi fungsi tenaga Gibb diungkapkan sebagai dG = V dP � S dT, dengan V = isi padu, S = entropi.
macrorelation of grand canonical partition functionmakrohubungan fungsi pembahagian berkanun rayaKejuruteraanKejuruteraan KimiaSifat makrotermodinamik tekanan dan isi padu yang dihubungkan dengan fungsi pembahagian berkanun raya Qmelalui ungkapan berikut: 1n Q = b P V, b = (kB T)-1, dengan P = tekanan, V = isi padu, T = suhu, kB = pemalar Boltzmann.
statutory reserve requirementkeperluan rizab berkanunEkonomiEkonomi IslamSejumlah wang tunai yang mesti disimpan di bank pusat oleh institusi kewangan untuk mengawal jumlah mudah tunai dalam pasaran. Bank Negara Malaysia dari semasa ke semasa akan menentukan kadar nisbah rizab berbanding dengan liabiliti layak. Lebihan daripada keperluan rizab berkanun boleh digunakan oleh institusi kewangan untuk tujuan penjelasan cek dan lebihan ini juga membolehkan Bank Negara Malaysia membayar hibah mengikut prinsip wadi‘ah yad damanah.
canonicalberkanunFizikTiadaTiada
12345678910

Kembali ke atas