Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ka.wad] | برکاود

Definisi : berbaris atau berjalan dgn rentak yg sama (bkn tentera, polis, dll), mengadakan perbarisan: satu pasukan Askar Melayu Diraja akan ~ di Stadium Merdeka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ka.wad] | برکاود

Definisi : berjalan dgn rentak kaki yg sama; berbaris; mengadakan perbarisan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkawad


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)Pasukan polis berkawad. Pasukan bomba berkawad.(dan) A)Pasukan polis dan pasukan bomba berkawad. B)Pasukan polis dan bomba berkawad. Jawapan yang mana satu betul?Ayat yang betul ialah "Pasukan polis dan bomba berkawad."Ejaan04.07.2013
Selamat petang. 1. Pengakap-pengakap sedang berkawad di padang. 2. Pengakap-pengakap sedang berkawad kaki di padang. mana satu ayat yang lebih elok? Terima kasih.Ayat yang lebih gramatis: Pengakap-pengakap sedang berkawad di padang.Tatabahasa05.08.2015
Selepas berkawat pada tengah hari yang terik itu, kami diarahkan oleh jurulatih kami supaya berlari pula. tuan, berkawat atau berkawad sesuai digunakan? TQPerkataan yang betul ialah berkawad. Sila rujuk berkawad">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=berkawad.Tatabahasa01.02.2012
1. "Pasukan polis dan pasukan bomba berkawad.","Pasukan polis dan bomba berkawad". Ayat manakah yang betul? 2. "Azman hendak ke kedai tetapi Azman tiada teman.","Azman hendak ke kedai tetapi tiada teman." Ayat manakah yang betul? 3. "Jangan kamu kesali akan kejadian itu.","Jangan kamu menyesal akan kejadian itu." Ayat manakah yang betul? Sila berikan sebab dan contoh ayat(kesali/menyesal). Terima kasih. 4. "Kata-kata nasihat itu akan saya renungi.","kata-kata nasihat itu akan saya renungkan." Ayat manakah yang betul? Sila berikan sebab dan contoh ayat (renungi/renungkan). 5. "Jangan kamu cuba mengaburi mata saya dengan wang ringgit.", "Jangan kamu cuba mengaburkan mata saya dengan wang ringgit." Ayat manakah yang betul? Sila berikan sebab dan contoh ayat (mengaburi/mengaburkan). 6. "Matlamat pertandingan itu adalah untuk mengeratkan hubungan.", "Matlamat pertandingan itu adalah untuk mempererat hubungan." Ayat manakah yang betul? Sila berikan sebab dan contoh ayat (mengeratkan/mempererat). Terima kasih.1. Pasukan polis dan bomba berkawad.
2. Azman hendak ke kedai tetapi tiada teman.
3. Jangan kamu kesali akan kejadian itu. Ayat pasif bagi orang kedua menggunakan akhiran -i. 
4. Kata-kata nasihat itu akan saya renungi. Ayat pasif bagi orang pertama menggunakan akhiran -i. 
5. Jangan kamu cuba mengaburi mata saya dengan wang ringgit. Mengaburi bermaksud menjadi kabur dan mengaburkan bermaksud menyebabkan menjadi kabur.  
6. Matlamat pertandingan itu adalah untuk mengeratkan/mempereratkan hubungan.  Mengeratkan dan mempereratkan boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.
Sila rujuk kamus untuk melihat contoh penggunaan kata tersebut dalam ayat dan rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk membina ayat dengan imbuhan yang betul.
Tatabahasa05.11.2014
Salam sejahtera. Adakah 'berkawad' dan 'berkawat' mempunyai maksud yang sama? Bolehkah saya menggunakan berkawat untuk merujuk kepada perbarisan? Sekian, terima kasih.Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, kawad bermakna perbarisan oleh anggota pasukan seragam, terutamanya tentera dan polis yg melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan serentak. Kawat pula ialah tali yang dibuat daripada logam seperti tembaga.Ejaan23.06.2014
Salam Satu Malaysia, Tuan, tolong semak jawapan ayat majmuk di bawah. 1.Saya berkunjung ke Ladang Teh Sabah.Keluarga saya berkunjung ke Ladang Teh Sabah.(dan) Jwp: Saya dan keluarga berkunjung ke Ladang Teh Sabah. 2. Pekerja ladang teh memetik daun teh.Pekerja ladang teh memasukkan daun teh ke dalam bakul.(lalu) Jwp:Pekerja ladang teh memetik daun teh lalu memasukkan daun teh ke dalam bakul.(*perlu tambah objek di belakang memetik?) 3. Ibu mengambil beberapa kotak teh.Ibu membawa kotak-kotak teh itu ke kaunter pembayaran.(lalu) Jwp:Ibu mengambil lalu membawa kotak-kotak teh itu ke kaunter pembayaran. 4.Navin menggantung Jalur Gemilang.Navin menampal Jalur Gemilang.(dan) Jwp: Navin menggantung dan menampal Jalur Gemilang. 5.Pasukan polis berkawad .Pasukan askar berkawad.(dan) Jwp: Pasukan polis dan askar berkawad.( Perlu tambah pasukan di depan askar selepas digabungkan?) 6. Kavita gemar minum jus oren?.Kavita gemar minum jus epal?.(atau) Jwp:Kavita gemar minum jus oren atau epal? (perlu tambah jus di depan epal?) (Tolong beri penjelasan)Terima kasih. *Tolong beri penjelasan1. Saya dan keluarga berkunjung ke Ladang Teh Sabah.
2. Pekerja ladang teh memetik daun the lalu memasukkannya ke dalam bakul.
3. Ibu mengambil kotak-kotak teh lalu membawanya ke kaunter pembayaran.
4. Navin menggantung dan menampal Jalur Gemilang.
5. Pasukan polis dan pasukan askar berkawad
6. Kavita gemar minum jus oren atau jus epal?
Tatabahasa09.10.2016
salam tuan. Adakah ayat ini betul? 1.Cikgu Zaid memberikan arahan menggunakan pembesar suara kepada peserta larian. 2.Guru besar memberikan hadiah sambil disambut oleh Amir yang memenangi pertandingan yang disertainya. 3. Pasukan unit beruniform berkawad sambil melintas di hadapan khemah.Ketiga-tiga ayat contoh yang diberikan betul.Tatabahasa04.06.2012
Saya ingin mendapat kepastian. Dalam buku Morfologi karangan Dr. Abdullah Hassan, di bawah tajuk penggetaran menyatakan beR apabila diimbuhkan kepada kerja, kata terbitannya adalah bekerja bukan *berkerja. Alasannya, tidak boleh ada 2 r dalam suku kata berturutan. Atas sebab itu, r dalam beR digugurkan kerana sudah ada r dalam kerja. Hal ini berbeza dengan kata kerja berkahwin, berkawad dll kerana dalam perkataan tersebut tidak ada konsonan r. Oleh sebab itu, kata terbitan kahwin, berkahwin, kata terbitan kawad, berkawad tetapi tidak berkerja. Persoalannya bagaimana pula dengan kejar? adakah kata terbitannya bekejar atau berkejar? kalau mengikut rumus Abdullah Hassan tentu jawapannya bekejar-kejar. namun, apabila disemak dalam dewan eja pro saya dapati tida entri bekejar sebaliknya berkejar.Awalan ber- akan menerbitakan kata kerja seperti berdiri, berserta dan bermain. Kata bekerja adalah antara bentuk kekecualian yang wujud dalam bahasa Melayu dan telah mantap penggunaannya.Tatabahasa28.07.2015

Kembali ke atas