Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.cai] | برکچاي

Definisi : 1. pecah kecil-kecil (spt kaca yg jatuh ter­hempas), hancur, bersepai, remuk; 2. koyak­koyak (kain, kertas, dll) hingga menjadi kepingan yg kecil-kecil, hancur: surat itu dikoyak-koyaknya hingga menjadi berkecai-kecai; mula-mula orang tidak percaya bahawa mayat yg sudah hancur ~ itu ialah mayat Buyung; 3. ki hancur, musnah: harapan seorang ibu melihat anak sulung, menantu dan empat orang cucunya berbuka puasa bersamanya ~ apabila mereka terkorban dlm satu kemalangan semalam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.cai] | برکچاي

Definisi : pecah menjadi kecil (bkn kaca dsb); hancur; remuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kecai
Kata Terbitan : berkecai,

Puisi
 

Kain batik berkecai-kecai,
     Mana sekecai dimakan gagak;
Jangan saya terintai-intai,
     Kalau hendak ke mari dekat.


Lihat selanjutnya...(9)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
safety glasskaca keselamatanKimiaTiadaKaca yang diolah supaya tidak mudah pecah atau berkecai semasa kena hentaman. Misalnya, kaca berdawai dan kaca berlamina. Kaca berlamina terdiri daripada dua keping plat kaca dengan polivinil butiral di tengahnya. Bahan polivil tersebut melekat pada kaca sehingga kaca tidak pecah berkecai semasa hentaman. Kaca keselamatan digunakan untuk membuat cermin kenderaan, kaca kalis peluru dan kaca mata keselamatan.
shattered countrynegeri berkecaiSejarahTiadaTiada
effervescent tablettablet berbuakFarmasiFarmaseutikPersediaan pepejal yang akan berkecai apabila bersentuhan dengan air disebabkan pembebasan gas. Gas dihasilkan daripada tindakan bikarbonat dengan asid sitrik atau tartarik bagi memudahkan proses pelarutan dan penyebaran bahan aktif. Contohnya, tablet berbuak vitamin C.
shatter proof glasskaca kukuhKesenianTiadaKaca yang tidak mudah pecah dan berkecai.
collisionperlagaanFarmasiFarmaseutikSalah satu kaedah dalam proses pengecilan saiz partikel. Kaedah ini menggunakan bendalir berkelajuan tinggi yang melagakan partikel sehingga berkecai dan mencapai saiz yang dikehendaki. Lihat juga pengisar bendalir kelajuan tinggi.

Kembali ke atas