Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.kem.bang] | برکمبڠ

Definisi : 1. kembang (terbuka atau ter­bentang): payung ubur-ubur ~ dibawa dlm perarakan; 2. menjadi makin sempurna (luas, maju, dsb), menjadi makin tersebar, meluas: fikiran dan pandangan Bidin mulai ~ dan maju; agama Islam ~ dgn pesatnya setelah Mekah dikuasai oleh Nabi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.kem.bang] | برکمبڠ

Definisi : 1 terbuka atau terbentnag: Payung ubur-ubur ~ dibawa dlm perarakan itu. 2 tersebar atau tersiar dgn luasnya (bkn agama dll): Agama Islam telah ~ ke seluruh dunia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kembang (kata kerja)
1. Bersinonim dengan mekar: kekar, membengkar, mulur, terbuka,
Berantonim dengan kuncup

2. Dalam konteks masakan
bersinonim dengan muai, bangkit, naik,
Berantonim dengan batat

Kata Terbitan : berkembang, mengembangkan, memperkembangkan, perkembangan, pengembangan,

Puisi
 

Ini lagu serampang laut,
     Pulau Tamu jauh sepadan;
Layar berkembang kemudi dipaut,
     Tidak laju celaka badan.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Seperti kaduk kena air tahi.

Bermaksud :

Berkembang biak dan lama hidup.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tidak lagi berkembang atau tidak berkembang lagi? yang mana satu yang gramatis? oleh hal yang demikian betul atau oleh hal demikian betul? kenapa?Kedua-dua bentuk boleh digunakan. Bentuk kedua ialah oleh yang demikian.Tatabahasa23.10.2008
mekar berkembangan. Adakah dua perkataan ini boleh disatukan dalam satu ayat?
Salam sejahtera,

Mekar membawa maksud mulai berkembang atau berkembang dan menjadi banyak. Oleh itu, penggunaan mekar berkembangan tidak boleh digunakan dalam ayat kerana berlaku pengulangan maksud yang sama.

Sekian, terima kasih.
Makna20.12.2019
Bahasa yang berkembang ialah bahasa yang dapat menerima kata atau perkataan yang lazim dituturkan oleh penutur jati bahasa Melayu. Ahli Lembaga Bahasa di DBP seharusnya memasukkan kata atau perkataan yang lazim dituturkan bukan memasukkan kata atau perkataan yang dipinjam( curian ) daripada bahasa Inggeris semata-mata. Contoh penggunaan kata dan perkataan yang lazim dituturkan oleh penutur jati bahasa Melayu tetapi tiada di dalam Kamus Dewan ialah : 1. guris ( gores ) 2. cincang ( cencang ) 3. ciplak ( jiplak ) 4. gabra ( gubra ) 5. taksub ( taasub ) 6. celupar ( celopar ) 7. istirehat ( istirehat ) 8. Ramadhan ( Ramadan ) 9. analisa ( analisis ) 10. stokin ( stoking ) 11. kerinting ( keriting ) 12. lagenda ( legenda ) 13. pensil ( pensel ) 14. mustika ( mestika ) 15. ole-ole ( oleh-oleh ) 16. kuayer ( koir ) dll

Encik Rizuan,

Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu telah diselaraskan dan diisytiharkan penggunaannya sejak tahun 1975. Oleh yang demikian ejaan perkataan bahasa Melayu sudah mantap dan selaras penggunaannya seperti yang tersenarai di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.   

Lain-lain11.05.2010
Salam sejahtera tuan, saya ada beberapa pertanyaan. 1. bau yang harum atau harum baunya betul? berkembang dengan pesatnya atau pesat berkembang betul? berlari dengan pantas atau berlari dengan pantasnya betul? 2. Mereka mengemas bilik tidur atau mereka mengemaskan bilik tidur betul? 3. Saya telah dihadiahi seutas jam tangan oleh ibu pada hari jadi saya atau saya telah dihadiahi oleh ibu seutas jam tangan pada hari jadi saya betul? 4. Lariannya yang pantas itu membolehkannya memenangi pertandingan. Adakah ayat ini betul? 5. Hujan yang turun lebat sejak pagi tadi kelihatan semakin reda pada petang ini. Adakah ayat ini betul? Terima kasih atas jawaban tuan.

Jawapan yang betul adalah seperti yang berikut:

1.    1. Bau yang harum/harum baunya  

2.    2. Berkembang dengan pesatnya/pesat berkembang

3.    3. Berlari dengan pantasnya

4.    4. Mereka mengemas bilik tidur/mereka mengemaskan bilik tidur

5.    5. Saya telah dihadiahi seutas jam tangan oleh ibu pada hari jadi saya

6.    6. Lariannya yang pantas itu membolehkannya memenangi pertandingan

7. 7 7. Hujan yang turun lebat sejak pagi tadi kelihatan semakin reda pada petang ini.

Tatabahasa15.07.2021
perkataan mula ialah kata apa? kata kerja? contoh ayat mula berkembang. brekembang ialah kata kerja, betul?Berkembang ialah kata kerja.Tatabahasa01.08.2013
Salam sejahtera, Saya ingin menanyakan mengenai perihal dua istilah yang agak sama (kata akar yang sama) iaitu: perkembangan dan pengembangan. Kadang-kadang kita akan musykil yang manakah harus dipakai (kalau ada 'case study' atau rujukan, ianya senang) dan apakah beza kedua-dua perkataan tersebut jika digunakan dalam konteks? Dalam sudut lain, apakah beza berkembang dan mengembang? Adakah ia berkaitan dengan subjek tersebut adalah maya ataupun fizikal?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengembangan bermaksud perihal (perbuatan) mengembang atau mengembangkan. Mengembang bermaksud menjadikan kembang.
Contoh: pengembangan ajaran agama Islam

Bagi perkataan perkembangan pula bermaksud keadaan atau hal berkembang. Berkembang bermaksud 1. kembang (terbuka atau terbentang) 2. menjadi makin sempurna. 
Contoh : perkembangan agama Islam

Penggunaan perkataan tersebut hendaklah mengikut konteks yang hendak disampaikan.

Tatabahasa10.05.2019
Apakah terjemahan tepat untuk tema berikut : Evolving to Lead terjemahan : 1. Evolusi untuk Menerajui 2. Berkembang untuk Menerajui 3. Berubah untuk Menerajui Terima kasihKami berpandangan cadangan terjemahn yang sesuai ialah "Berkembang untuk Menerajui", walau bagaimanpun perlu disemak semula dengan maksud keseluruhan konteks yang dibincangkan.Sastera14.04.2015
kerelevanan peristilahan dan sistem ejaan rumi Bahasa Melayu dalam konteks kurun ke-21 dan cabarannya.Secara umumnya selagi bahasa Melayu ini terus berkembang selagi itulah segala aspek perancangan bahasa dan sistem yang terkandung di dalamnya turut berkembang dan relevan penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Walau bagaimanapun persoalan saudara ini perlu dijawab melalui kajian dan pembacaan yang banyak, saya sarankan saudara rujuk buku/makalah yang berkaitan juga kajian sarjana dan kertas kerja yang dibentangkan dalam seminar bahasa dan linguistik. Lain-lain20.11.2010
APAKAH KESALAHAN PENGGUNAAN KATA ATAU ISILAH DAN KESALAHAN TATABAHASA YANG TERDAPAT DALAM AYAT DI BAWAH : Walaupun berhadapan di atas kemelut ekonomi global namun aliran kredit di negara ini terus berkembang kerana sikap pengguna yang bijak berbelanja TERIMA KASIHWalaupun berhadapan di atas kemelut ekonomi global namun aliran kredit di negara ini terus berkembang kerana sikap pengguna yang bijak berbelanja. Penggunaan perkataan "di atas" adalah tidak tepat dan digantikan dengan kata "dengan", dan ayat ini menjadi Walaupun berhadapan dengan kemelut ekonomi global namun aliran kredit di negara ini terus berkembang kerana sikap pengguna yang bijak berbelanja. Tatabahasa07.10.2010
adakah bahasa melayu yang kita gunakan pada harini akan berbeza pada masa hadapan

Secara amnya, sesuatu bahasa itu berkembang dan maju selaras dengan taraf perkembangan dan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat bahasanya.

Oleh itu, bahasa Melayu boleh mengalami perubahan dan berkembang dari semasa ke semasa.
Lain-lain24.08.2023
123456789

Kembali ke atas