Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.kem.bang] | برکمبڠ

Definisi : 1. kembang (terbuka atau ter­bentang): payung ubur-ubur ~ dibawa dlm perarakan; 2. menjadi makin sempurna (luas, maju, dsb), menjadi makin tersebar, meluas: fikiran dan pandangan Bidin mulai ~ dan maju; agama Islam ~ dgn pesatnya setelah Mekah dikuasai oleh Nabi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.kem.bang] | برکمبڠ

Definisi : 1 terbuka atau terbentnag: Payung ubur-ubur ~ dibawa dlm perarakan itu. 2 tersebar atau tersiar dgn luasnya (bkn agama dll): Agama Islam telah ~ ke seluruh dunia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kembang (kata kerja)
1. Bersinonim dengan mekar: kekar, membengkar, mulur, terbuka,
Berantonim dengan kuncup

2. Dalam konteks masakan
bersinonim dengan muai, bangkit, naik,
Berantonim dengan batat

Kata Terbitan : berkembang, mengembangkan, memperkembangkan, perkembangan, pengembangan,

Puisi
 

Ini lagu serampang laut,
     Pulau Tamu jauh sepadan;
Layar berkembang kemudi dipaut,
     Tidak laju celaka badan.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Seperti kaduk kena air tahi.

Bermaksud :

Berkembang biak dan lama hidup.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nama’berkembangPerniagaan IslamTiadaSifat bagi harta yang berpotensi untuk berkembang dari segi fizikal, keuntungan dan faedah. Contoh fizikal ialah haiwan yang menghasilkan anak dan susu, keuntungan seperti dalam jual beli, dan faedah seperti wang yang boleh dilaburkan. Dalam taksiran zakat perniagaan, harta perniagaan yang mempunyai sifat berkembang tertakluk kepada taksiran zakat.
local lesionbelur setempatBiologiPatologiBelur pertama dan tidak berkembang yang nampak setelah inokulasi. Jika berkembang sekalipun ia hanya terdapat di kawasan itu sahaja. Belur seperti ini biasanya disebabkan oleh virus.
local lesionbelur setempatKimiaTiadaBelur pertama dan tidak berkembang yang nampak setelah inokulasi. Jika berkembang sekalipun ia hanya terdapat di kawasan itu sahaja. Belur seperti ini biasanya disebabkan oleh virus.
Aurignacian industryindustri AurignacianArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiIndustri ini berkembang di bahagian tengah Perancis yang mewakili Zaman Peleolitik awal. Industri ini berkembang selepas Chatelperronian. Pendukung budaya ini dipercayai berasal dari Asia dan telah mempunyai tahap budaya yang tinggi. Artifaknya tidak lagi berupa kapak genggam tetapi dikembangkan kepada alatan pengikis dan burin dengan lapan kesan repihan lurus pada sekelilingnya. Masyarakat zaman ini mengetahui penggunaan tulang, tanduk dan gading sebagai kalung dan perhiasan diri. Alat batunya halus, terdapat kesan tajam pada bahagian sisinya dan mempunyai bahagian mata yang runcing. Mereka telah mengenali lukisan gua dan seni arca, antaranya ialah arca Venus yang melambangkan dewi kesuburan.
critical closing speedlaju penutupan gentingAeroangkasaTiadaLaju tertentu apabila sesebuah paracut yang berkembang akan menguncup semula.,Laju tertentu apabila sesebuah paracut yang berkembang akan menguncup semula.
ultramontanismultramontanismeSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang mengutamakan kuasa gereja dalam pemerintahan negara. Fahaman ini berkembang pada zaman kegemilangan Rom semasa agama atau gereja memainkan peranan penting dalam urusan pemerintahan. Fahaman ini juga berkembang sebagai reaksi kepada perkembangan rasionalisme dan humanisme yang cuba menggugat peranan gereja. Pendukung fahaman ini telah melaksanakan berbagaibagai gerakan bagi memelihara kedudukan tinggi agama dan pope. Kini perbincangan mengenai ultramontanisme tidak terbatas kepada agama Kristian semata-mata.
archaic stagetahap purbaArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTahap perkembangan awal ketamadunan . Tahap ketamadunan dinasti awal Mesir mula berkembang pada 3200 SM - 2800 SM. Pada tahap ini budaya mula berkembang tetapi pemerintahan pradinasti masih belum bersatu. Di Greek, tahap ketamadunan nya bermula bermula sekitar 750 SM � 480 SM manakala di Amerika Syarikat tahap purba merujuk kepada tahap perkembangan budaya.
WhiggismWhiggismeSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang memperjuangkan pengurangan kuasa raja dan meningkatkan kuasa parlimen atau dewan perundangan. Fahaman ini berkembang pada abad ke-17 hingga ke-19 di Great Britain dan seterusnya berkembang ke Amerika Syarikat yang sekali gus mendorong mereka menuntut kemerdekaan daripada monarki Britain. Fahaman ini bagaimanapun tidak menuntut kepada penghapusan kedudukan raja di Great Britain tetapi hanya mahukan pengurangan kuasa mereka. Dari gagasan inilah munculnya konsep berperlembagaan.
haemocoelous viviparityvivipariti hemoselBiologiEntomologiFenomenon yang berlaku pada serangga tertentu yang tidak mempunyai oviduktus, misalnya pada serangga Strepsiptera dan kebanyakan larva Cecidomyiidae yang berkembang secara parthenogenesis. Telur dibebaskan ke dalam hemosel dan berkembang menjadi larva yang kemudiannya keluar melalui bukaan sekunder pada dinding badan ibu.
qa‘idah zakat ‘urfiyyahkaedah zakat modal berkembangPerniagaan IslamTiadaPenaksiran zakat terhadap sesebuah perniagaan berdasarkan nilai modal dan perkembangannya sehingga cukup haul. Bagi syarikat, kaedah ini meliputi dana pemilik saham, sumber dana daripada pihak luar dalam bentuk liabiliti jangka panjang dan ditolak perbelanjaan modal serta pelaburan bukan semasa. Penaksiran zakat diikuti dengan pelarasan yang melibatkan sumber yang tidak menepati hukum syarak, aset yang tidak berkembang, aset kebajikan, aset yang telah dizakatkan dan aset yang tidak sempurna milik. Nilai zakat melalui kaedah ini adalah sama dengan nilai zakat kaedah modal kerja terlaras.
12345678910...

Kembali ke atas