Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.mung.ki.nan] | برکموڠکينن

Definisi : mempunyai kemungkin­an, ada kemungkinannya: dgn ini bererti masih ada sistem planet di bintang lain yg ~ lebih tua usianya drpd planet bumi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.mung.ki.nan] | برکموڠکينن

Definisi : mempunyai kemungkinan; ada kemungkinannya: Usaha itu ~ akan menghadapi rintangan kerana ada pihak yg kurang senang terhadap pelaksanaannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkemungkinan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Rasionalnya ialah/adalah anggota tentera asing tidak berkemungkinan bersimpati dengan penduduk asli? Kenapa?Rasionalnya ialah anggota tentera asing tidak berkemungkinan bersimpati dengan penduduk asli? Kata pemeri ialah digunakan di hadapan kata nama dan kata pemeri adalah digunakan di hadapan kata adjektif atau kata sendi nama.Tatabahasa24.10.2014
Pengunaan bahasa yang betul: Saya ingin meminta nasihat untuk ayat di bawah: "Berkemungkinan membahayakan kepada kulit" atau "Berkemungkinan membahayakan kulit"Ayat yang betul ialah "...membahayakan kulit'. Perkataan 'membahayakan' ialah kata kerja transitif iaitu kata kerja yang mesti diikuti objek iaitu kulit.Tatabahasa24.01.2014
Kami ambil maklum cadangan tuan. Dalam hal ini pihak yang berwenang telah mengambil kira pelbagai aspek untuk melaksanakan program Munsyi Dewan dan perancangan yang dipilih berkemungkinan langkah paling praktikal pada masa ini. jawapan ini seolah-olah tiada usaha daripada pihak DBP-perancangan yang dipilih berkemungkinan langkah paling praktikal pada masa ini.Terima kasih atas sokongan pihak tuan.Lain-lain14.09.2017
Apa beza dari segi penggunaan perkataan "mungkin" dan "berkemungkinan"?

Berikut ialah perbezaan dari segi makna perkataan berdasarkan Kamus Dewan Perdana:

i.           Mungkin - Boleh jadi benar, berlaku dan sebagainya kerana belum diketahui atau belum dapat dipastikan. Makna lain   ialah  sebanyak, sebaik, secepat dalam masa atau kadar yang paling mampu dilakukan. 

ii.             Berkemungkinan -  mempunyai kemungkinan atau ada kemungkinan

 

Tatabahasa25.01.2023
makna muskatPerkataan tersebut tiada dalam rujukan kami, berkemungkinan ia nama tempat.Makna21.08.2010
krisis ketidakyakinan terhadap bahasa melayuKrisis ketidakyakinan terhadap bahasa Melayu berkemungkinan besar hanya dialami oleh individu tertentu yang berasa kurang yakin akan keupayaan bahasa Melayu untuk digunakan dalam urusan tertentu. Ini mungkin disebabkan pihak berkenaan tidak menguasai bahasa Melayu dengan baik.Lain-lain28.03.2007
apakah sinkatan bagi 'sultan'?Dalam pangkalan data kami perkataan sultan dieja penuh kerana berkemungkinan tidak ada keperluan untuk memendekkan perkataan tersebut. Sila nyatakan contoh dan konteks keperluan kependekan perkataan tersebut untuk rujukan kami untuk kami cadangkan singkatan yang sesuai.Ejaan31.08.2012
Adakah perkataan seperti peguam bela, peguam cara, hak milik, pasar raya dan kata majmuk lain berkemungkinan dirapatkan ejaan mereka kerana kecenderungan masyarakat untuk eja kata-kata tersebut rapat (peguambela, peguamcara, hakmilik, pasaraya)? Saya bertanya kerana kita sudah sedia maklum yang bahasa bersifat dinamik dan senarai kata majmuk yang sudah mantap ejaannya dirapatkan mungkin juga bertambah sejajar dengan perkembangan bahasa.Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Untuk membezakan kata majmuk dengan kata biasa ialah kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Kata majmuk yang mantap sahaja dieja satu perkataan, iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan.

Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (hlmn. 75)
Tatabahasa18.09.2017
Emak menikmati makanan yang berada di atas meja. betulkah ayat ini?Dari aspek makna berkemungkinan ayat itu betul kerana berada bermaksud terdapat di sesuatu tempat. Namun ayat yang gramatis ialah "Emak menikmati makanan yang dihidangkan di atas meja".Tatabahasa14.04.2014
Assalamualaikum. Apakah maksud "cikai / chikai"? Dialek negeri manakah itu? Terima kasih.Cikai atau chikai tidak ada dalam pangkalan data kami. Berkemungkinan kata tersebut merupakan bahasa basahan yang dituturkan dalam komuniti setempat.Makna07.05.2013
123456789

Kembali ke atas