Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.na.an] | برکناءن

Definisi : 1. berhubungan, berkaitan, ber­sangkutan, tentang (hal): wakil Amerika Syarikat itu telah memberikan kenyataan yg jelas lagi munasabah ~ dgn dasar tersebut; beliau akan bercakap ~ dgn kemajuan ekonomi negeri ini; pihak yg ~ pihak yg berkaitan (bersangkutan); 2. cocok, sekata, sepakat, sesuai, setuju: apabila perundingan sudah ~ kelak barulah dapat ditandatangani suatu perjanjian; 3. = berkena-kenaan saling berkenaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.na.an] | برکناءن

Definisi : , = ~ dgn ada kaitannya dgn; berhubungan dgn; berkaitan dgn: Dlm bab yg lalu, kamu telah membaca huraian ~ kapal terbang jet. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkenaan


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
toye[to.j«]kata adjektifberkenaan muka yang letih, tidak bermaya dan tidak berseri, bersahaja.Toye bena muke Samad lepas pekse.[to.j« b«.nA mu.k« sA.mAd l«.pAs p«/.s«]Letih benar kelihatan muka Samad, selepas peperiksaan.
tembet[tem.bet]kata adjektifberkenaan sesuatu dalam kedudukan yang bahaya.Baek-baek bekayoh tu, perahu tu tembet nak tenggelam.[bAe/.bAe/ b«.kA.joh tu p«.ÄA.hu tu tem.bet nA/ t«N.g«.lAm]Baik-baik berkayuh itu, perahu itu sudah hampir-hampir hendak tenggelam.
seeh[se/.eh]kata adjektifberkenaan muka yang merah padam kerana kemalu-maluan disebabkan kena perli, kena tegur atau kena marah di hadapan orang lain.Rase seeh muke aku bile mak marah depan orang.[ÄA.s« se/.eh mu.k« A.ku bi.l« mA/ mA.ÄAh d«.pAn o.ÄAN]Malu dan merah padam muka aku apabila emak memarahi aku di hadapan orang.
pondak[pon.dA/]kata adjektifberkenaan keadaan yang terlalu banyak asap.Pondak asap balek buket sane tu.[pon.dA/ A.sAp bA.le/ bu.ket sA.n« tu]Terlalu banyak asap di sebalik bukit sana.
lenyu[l«.øu]kata adjektifberkenaan enjin yang mudah hidup.Burok-burok pon kereta ni, sekali setat lenyu.[bu.Äo/.bu.Äo/ pon k«.Äe.t« ni s«.kA.li s«.tAt l«.øu]Buruk-buruk pun kereta ini, sekali mula terus hidup
kolop[ko.lop]kata adjektifberkenaan budak lelaki yang belum berkhatan.Budak Usen tu maseh kolop lagi.[bu.dA/ u.sen tu mA.seh ko.lop lA.gi]Budak Hussein itu masih belum bersunat.
kohot[ko.hot]kata adjektifberkenaan benda yang nampak buruk.Kaen tu kohot rupenye, kau jemo kat panas ke?[kAen tu ko.hot Äu.p«.ø« kAw dZ«.mo kAt pA.nAs k«]Kain itu kelihatan buruk, kamu jemur di tengah panaskah?
kepek[ke.pe/]kata adjektifberkenaan wajah atau benda yang tidak cantik.Ani nangis bile orang panggel die budak kepek.[A.ni nA.Nis bi.l« o.ÄAN pAN.gel di.j« bu.dA/Ani menangis apabila dikatakan tidak cantik.
kejong[k«.dZoN]kata adjektifberkenaan benda, binatang atau manusia yang keras atau kejang disebabkan sesuatu proses atau tindak balas.Ikan tu kejong kene ae batu.[i.kAn tu k«.dZoN k«.n« Ae bA.tu]Ikan itu keras kena air batu.
kedi[k«.di]kata adjektifberkenaan saiz badan orang yang kecil daripada saiz biasa.Budak kedi tu pun kau takut, kan kau lebeh besa![bu.dA/ k«.di tu pon kAw tA.kot kAn kAw l«.beh b«.sA]Budak kecil macam itu pun kau takut, bukankah engkau lebih besar!
1234567

Kembali ke atas