Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.na.an] | برکناءن

Definisi : 1. berhubungan, berkaitan, ber­sangkutan, tentang (hal): wakil Amerika Syarikat itu telah memberikan kenyataan yg jelas lagi munasabah ~ dgn dasar tersebut; beliau akan bercakap ~ dgn kemajuan ekonomi negeri ini; pihak yg ~ pihak yg berkaitan (bersangkutan); 2. cocok, sekata, sepakat, sesuai, setuju: apabila perundingan sudah ~ kelak barulah dapat ditandatangani suatu perjanjian; 3. = berkena-kenaan saling berkenaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.na.an] | برکناءن

Definisi : , = ~ dgn ada kaitannya dgn; berhubungan dgn; berkaitan dgn: Dlm bab yg lalu, kamu telah membaca huraian ~ kapal terbang jet. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkenaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan/Puan , mohon panduan , "di mana berkenaan " atau " yang mana berkenaan"?Istilah yang diberikan tidak tepat kerana salah struktur tatabahasa. Istilah yang sesuai ialah "yang berkenaan".Tatabahasa13.12.2015
pihak KKM dalam urusan mengeluarkan Garis Panduan Pelantikan Pakar Perubatan Perunding. Mohon nasihat berkenaan gelaran berkenaan samada Pakar Perubatan Perunding atau Pakar Perunding Perubatan. tafsiran 1) Pakar Perubatan (Pra-warta) atau Medical Specialist (Pre-gazettement) bermaksud seorang pegawai perubatan yang memperolehi kelayakan perubatan yang diiktiraf serta sedang menjalani proses pewartaan. 2) Pakar Perubatan atau Medical Specialist bermaksud seorang pegawai perubatan yang memperolehi kelayakan perubatan yang diiktiraf serta telah dilantik dan diwartakan sebagai pakar perubatan oleh Ketua Pengarah Kesihatan. 3. Pakar Perubatan Perunding atau Medical Consultant bermaksud seorang pakar perubatan yang berada pada Gred Khas atau Gred Utama C atau mana-mana pakar perubatan yang telah diwartakan sebagai pakar perubatan untuk tempoh melebihi 10 tahun atau mana-mana pakar perubatan yang dilantik sebagai pakar perunding perubatan oleh Ketua Pengarah Kesihatan. 4. Pakar Perubatan Perunding (Kanan) atau Senior Medical Consultant bermaksud seorang pakar perubatan yang berada pada Gred Khas atau Gred Utama B ke atas.Merujuk Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bilangan 24 Tahun 2022: Garis Panduan Penggunaan Gelaran Pakar Perubatan Perunding, istilah yang digunakan dalam surat pekeliling tersebut ialah "Pakar Perubatan Perunding". Oleh Itu, kami mencadangkan penggunaan istilah tersebut hendaklah diselaraskan dengan surat pekeliling yang telah dikeluarkan. Sekiranya ada perbahasan lain, perkara tersebut hendaklah diperhalusi oleh pihak yang berwenang, iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia.Istilah23.11.2022
Berkenaan penggunaan elipsis ( . . . ), saya ingin tanya, adakah tanda koma perlu dikekalkan bagi ayat ini? Contoh ayat asal: Lelaki itu, iaitu bapanya, bekerja sebagai nelayan. Pilihan mana yang betul jika elipsis digunakan: (1) Lelaki itu, . . . bekerja sebagai nelayan. (2) Lelaki itu . . . bekerja sebagai nelayan. Terima kasih.

Penggunaan elipsis yang betul dalam ayat tersebut ialah “Lelaki itu … bekerja sebagai nelayan.”, iaitu merupakan penanda yang menunjukkan hentian sebentar dalam pengucapan, atau penyampaian idea yang tidak lancar.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023), halaman 118.

 


Lain-lain25.04.2024
Berkenaan ejaan beta dalam tulisan jawi, setahu saya termasuk dalam ejaan tradisi Zaaba iaitu tanpa huruf alif tetapi dalam Kamus Dewan Perdana, ejaannya ada alif, jadi yang mana benar ya?Ejaan Jawi bagi kata "beta" dalam Kamus Dewan Perdana mempunyai alif adalah berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu yang terkandung dalam Daftar Kata Bahasa Melayu, Rumi-Sebutan-Jawi, Edisi Kedua (2016). Ejaan ini ialah ejaan Jawi yang terkini setakat ini.Ejaan07.04.2023
Berkenaan istilah "janji temu" dan "temu janji", benarkah pemahaman kami seperti berikut: 1. Janji temu: sudah ada perjanjian untuk bertemu 2. Temu janji: proses permohonan untuk menetapkan perjanjian untuk bertemu (contoh dalam kes untuk bertemu dengan pegawai tinggi kerajaan, belum ada tarikh untuk bertemu)1. Benar untuk makna "janji temu", iaitu janji untuk bertemu.
2. Tidak benar untuk makna "temu janji". Masih belum terakam kata dan makna untuk "temu janji" dalam kamus terbitan DBP.
3. Proses permohonan untuk menetapkan perjanjian untuk bertemu juga bermaksud proses "janji temu".
4. "Bertemu" dan kemudiannya "berjanji" juga bukan "temu janji".
Makna04.04.2023
Berkenaan dengan singkatan dan gelaran seperti Mej, Lt Kol, YBhg, Dr, Ts, Ir, Sr dan sebagainya. Saya berpendapat bahawa semua ini tidak perlu titik kerana kita menggunakan tatacara/peraturan penulisan mengikut UK dan bukannya U.S. Bagaimana pendapat DBP?Singkatan dan akronim merupakan kependekan perkataan, frasa, kata nama am dan kata nama khas, baik yang berbentuk teknikal mahupun bukan teknikal. Kedua-dua bentuk penulisan ini dan juga inisial bertujuan untuk memudahkan sebutan dan meringkaskan penulisan. Antara singkatan gelar, jawatan, sapaan tidak menggunakan tanda noktah. Bagi teks jawi, singkatan yang terbentuk daripada gabungan huruf yang tidak membentuk kata ditulis mengikut bunyi huruf rumi. Contoh, YAB (Yang Amat Berhormat) KSU (Ketua Setiausaha) dan AMN (Ahli Mangku Negara). Untuk keterangan lebih lanjut, saudara boleh rujuk buku Gaya Dewan halaman 95 untuk keterangan lebih lanjut.Lain-lain04.01.2023
Berkenaan dengan soalan saya yang lepas, Pihak DBP mengatakan bahawa Majlis Graduasi sudah boleh diterima. Adakah maksudnya perkataan tersebut sudah diterima pakai untuk digunakan? Kedua, adakah perkataan graduasi (asalnya graduation - yang bermaksud pelajar yang menerima ijazah) sudah boleh diguna pakai oleh mereka yang menerima SPM dan STPM?Ya, perkataan tersebut sudah boleh digunakan dan boleh diguna pakai untuk pelajar SPM dan STPM yang sudah tamat pengajian.Istilah02.11.2019
Berkenaan dengan bidang Tekonologi Maklumat/Komputer: 1) "Burstable" ialah kaedah mengukur lebar jalur berdasarkan penggunaan puncak, bagi tujuan pengebilan. Kaedah ini juga membolehkan penggunaan melebihi ambang tertentu untuk jangka masa yang singkat tanpa kesan kewangan ke atas pengguna. 2) "Peering" ialah proses apabila dua rangkaian internet menyambung dan menukar trafik. Proses ini membolehkan rangkaian tersebut menghantar trafik secara langsung antara pelanggan masing-masing, tanpa penglibatan pihak ketiga. Saya amat berbesar hati jika pihak DBP dapat mencadangkan istilah yang sesuai bagi "burstable" dan "peering" (jika ada). Terima kasih.Cadangan kami peering diterjemahkan kepada merangkai padan dan burstable diterjemahkan kepada boleh langkau sekiranya sesuai dengan konteks penggunaannya. Walau bagaimanapun, kedua-dua terjemahan ini akan diteliti dengan lebih lanjut lagi dan setelah memperoleh jawapan rasmi kami akan meng-e-melkannya kepada pihak tuan.Lain-lain26.05.2019
Berkenaan kata ganda,adakah pengandaan kata itu bermaksud menyatakan penambahan kuantiti benda yang dimaksudkan, seperti 1buku-> buku-buku (maksud ada banyak buku) 2 rama-> rama-rama (maksud ??) Minta penjelasan ...terima kasihKata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Kata ganda penuh ialah penggandaan seluruh kata dasar jenis kata nama tanpa sebarang perubahan bentuk, contoh : buku-buku dan sekolah-sekolah. Kata ganda separa ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian sahaja kata dasar, contoh : gegelang, sesiku dan sesumbu.

Kata ganda semu termasuk dalam kategori penggandaan penuh dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kata ganda semu ialah perkataan yang asalnya wujud dalam bentuk ganda seperti kanak-kanak, kura-kura, rama-rama dan layang-layang. 
Tatabahasa09.09.2017
Berkenaan dengan perkataan "Setelah" dalam kamus pelajar edisi kedua terbitan dbp perkataan "setelah ialah kata bantu , tetapi dalam buku tatabahasa dewan edisi ketiga perkataan "setelah " ialah kata hubung.yang mana satu lebih tepat?

Kata hubung setelah dalam buku Tatabahasa Dewan adalah lebih tepat digunakan kerana membawa maksud sesudah, sehabis dan selepas. Contoh ayat yang menggunakan kata hubung ialah  Kakak menangis di dalam bilik setelah dimarahi oleh ibunya.

Tatabahasa21.07.2017
12345678910...

Kembali ke atas