Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.na.an] | برکناءن

Definisi : 1. berhubungan, berkaitan, ber­sangkutan, tentang (hal): wakil Amerika Syarikat itu telah memberikan kenyataan yg jelas lagi munasabah ~ dgn dasar tersebut; beliau akan bercakap ~ dgn kemajuan ekonomi negeri ini; pihak yg ~ pihak yg berkaitan (bersangkutan); 2. cocok, sekata, sepakat, sesuai, setuju: apabila perundingan sudah ~ kelak barulah dapat ditandatangani suatu perjanjian; 3. = berkena-kenaan saling berkenaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.na.an] | برکناءن

Definisi : , = ~ dgn ada kaitannya dgn; berhubungan dgn; berkaitan dgn: Dlm bab yg lalu, kamu telah membaca huraian ~ kapal terbang jet. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkenaan


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
aerodinamikaerodynamicBerkenaan bentuk yang membolehkan sesuatu benda bergerak dengan lebih pantas melalui udara disebabkan kurangnya geseran. Lihat RajahSekolah Rendah
hukum MendelMendel lawHukum berkenaan prinsip genetik mengenai ciri-ciri pewarisan.Menengah Atas
tekanan segahturgor pressureTekanan yang terbentuk di dalam sel tumbuhan akibat tekanan hidrostatik kandungan vakuol yang menekan dinding sel tumbuhan yang berkenaan.Menengah Atas
gambar sinar-XX-ray photographGambar yang menunjukkan imej dalaman sesuatu objek, biasanya bahagian tubuh, yang terhasil apabila sinar-X menembusi bahagian berkenaan. Lihat RajahSekolah Rendah
penyahgaramandesalinationProses penyingkiran garam dari air laut atau tanah untuk tujuan tertentu. Proses ini membolehkan air laut digunakan sebagai minuman, sementara tanah yang berkenaan dapat digunakan sebagai kawasan tanaman tertentu.Menengah Rendah
persekitaranenvironmentKeseluruhan keadaan, tempat atau kawasan yang didiami oleh organisma, sama ada dari segi fizikal atau biologi yang mempengaruhi pertumbuhan, perkembangan dan perlakuan organisma berkenaan.Menengah Rendah
kejuruteraan genetikgenetic engineeringTeknik atau proses memanipulasikan DNA, atau RNA daripada spesies yang berlainan secara uji kaji, untuk menghasilkan DNA rekombinan yang mengandungi gen daripada kedua-dua spesies yang berkenaan.Menengah Atas

Kembali ke atas