Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.na.an] | برکناءن

Definisi : 1. berhubungan, berkaitan, ber­sangkutan, tentang (hal): wakil Amerika Syarikat itu telah memberikan kenyataan yg jelas lagi munasabah ~ dgn dasar tersebut; beliau akan bercakap ~ dgn kemajuan ekonomi negeri ini; pihak yg ~ pihak yg berkaitan (bersangkutan); 2. cocok, sekata, sepakat, sesuai, setuju: apabila perundingan sudah ~ kelak barulah dapat ditandatangani suatu perjanjian; 3. = berkena-kenaan saling berkenaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.na.an] | برکناءن

Definisi : , = ~ dgn ada kaitannya dgn; berhubungan dgn; berkaitan dgn: Dlm bab yg lalu, kamu telah membaca huraian ~ kapal terbang jet. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkenaan


Bahasa Daerah

KataTakrifBahasa Daerah
antapberkenaan tubuh kanak-kanak yang berat, bertubuh atau gemuk padat, montel; hantap.Kedah
ambai-ambaiberkenaan kayu api, buah pinang dan lain-lain dalam keadaan di antara kering dengan basahKedah

Kembali ke atas