Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.na.an] | برکناءن

Definisi : 1. berhubungan, berkaitan, ber­sangkutan, tentang (hal): wakil Amerika Syarikat itu telah memberikan kenyataan yg jelas lagi munasabah ~ dgn dasar tersebut; beliau akan bercakap ~ dgn kemajuan ekonomi negeri ini; pihak yg ~ pihak yg berkaitan (bersangkutan); 2. cocok, sekata, sepakat, sesuai, setuju: apabila perundingan sudah ~ kelak barulah dapat ditandatangani suatu perjanjian; 3. = berkena-kenaan saling berkenaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.na.an] | برکناءن

Definisi : , = ~ dgn ada kaitannya dgn; berhubungan dgn; berkaitan dgn: Dlm bab yg lalu, kamu telah membaca huraian ~ kapal terbang jet. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkenaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
remote accesscapaian jauhKejuruteraanTiada1. Berkenaan perhubungan dengan kemudahan pemprosesan data oleh stesen-stesen yang jauh dari kemudahan berkenaan.,2. Berkenaan perhubungan dengan pemproses komputer oleh stesen-stesen pangkalan yang jauh daripada pemproses itu.
analogueanalogTeknikElektrik1. berkenaan kumpulan alat pengukuran elektrik dan elektronik yang menggunakan jarum atau pen untuk merakamkan atau menunjukkan sesuatu bacaan. 2. berkenaan litar elektronik yang hanya boleh dikendalikan untuk sesuatu tujuan sahaja. 3. berkenaan litar elektronik yang boleh mengeluarkan beberapa bacaan voltan atau arus, atau dikendalikan pada voltan yang pelbagai julat. misalnya, litar penguat, litar pembilang getar, dan litar pengayun.
aeroelasticityaeroanjalanAeroangkasaTiadaSains berkenaan interaksi antara daya aerodinamik dengan struktur elastik.,Sains berkenaan interaksi antara daya aerodinamik dengan struktur elastik.
neologismneologismePerubatanTiadaPenciptaan kata atau ungkapan baru oleh pesakit psikosis, yang makna kata yang berkenaan mungkin menggambarkan konflik jiwa pesakit yang berkenaan.
lactase deficiencykekurangan laktasePerubatanTiadaKetakcukupan atau ketiadaan enzim laktase, yang biasanya berlaku sejak lahir. Akibatnya individu berkenaan mengalami kekembungan atau cirit-birit apabila individu berkenaan terminum susu (yang mengandungi laktosa), atau termakan makanan yang mengandungi susu. Keadaan ini sering dialami oleh orang Negro, Cina dan orang pulau Cyprus. Lihat juga ketaktoleranan laktosa.
unconditional mudarabahmudarabah mutlaqahEkonomiEkonomi IslamAkad mudarabah yang tidak mengekang pengusaha berkenaan tempat, masa, musim, komoditi, kredit atau teknik urus niaga. Pengusaha diberi kebebasan untuk membuat pilihan sendiri tentang perkara berkenaan. Akad mudarabah hanya menentukan nisbah perkongsian untung. Sinonim mudarabah mutlak.
benevolent endowmentwakafEkonomiEkonomi IslamAkad yang dibuat oleh seseorang untuk menahan hartanya supaya manfaat harta berkenaan boleh digunakan bagi tujuan kebajikan dengan hasrat untuk mendekatkan diri kepada Allah. Menahan harta di sini bermaksud, pemberi wakaf tidak boleh lagi memindah milik harta berkenaan kepada pihak lain melalui jual beli, hibah, pusaka dan sebagainya. HaI ini kerana akad wakaf telah menyebabkan harta berkenaan telah menjadi milik Allah untuk selama-lamanya. Namun begitu, pemberi wakaf berhak menentukan jenis manfaat dan penerima manfaat daripada harta wakaf itu.
stock companysyarikat stokPentadbiran PerniagaanTiadaSyarikat insurans yang modalnya adalah hasil sumbangan daripada pemilik saham syarikat berkenaan. Pendapatan daripada syarikat ini diagihkan sebagai dividen kepada pemilik saham berkenaan.
agemengumurKejuruteraanPetroleumMembiarkan simen mengeras sehingga mencapai tahap yang lebih keras daripada pengerasan pertengahan simen berkenaan. Masa yang diperlukan bergantung pada jenis simen, kandungannya dan sekitaran tempat simen berkenaan diletakkan. Proses di atas kadangkala dikenali sebagai pengawetan simen.
umra waqfwakaf umraEkonomiEkonomi IslamWakaf khas yang bersifat sementara. Penerima wakaf berhak mendapat manfaat wakaf berkenaan sepanjang hidupnya sahaja. Apabila penerima wakaf itu meninggal dunia, harta wakaf berkenaan akan dikembalikan kepada wakif atau warisnya. Contohnya, wakif berkata, “Saya wakafkan rumah ini kepada engkau selama mana engkau masih hidup”.
12345678910...

Kembali ke atas