Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.kha.yal] | برخيال

Definisi : 1. berangan-angan, mengelamun: Karim yg sedang duduk ~ dgn berbagai-bagai kenangan agak terkejut oleh panggilan isterinya; 2. berbuat spt benar-benar berlaku, berangan-angan: budak yg duduk di atas peti itu ~ mengenderai kereta; 3. melihat sesuatu yg sebenarnya tidak ada (tetapi seolah­olah wujud hasil drpd angan-angan): pd malam itu ia ~ suatu lembaga datang mendekatinya; 4. leka, sangat asyik (dgn): anak-anak gadis kita akan lekas terpengaruh dan seterusnya ~ dgn tarian gila dan pakaian yg kurang sopan itu; ~-khayal dgn bualan yg sia-sia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.kha.yal] | برخيال

Definisi : 1 berangan-angan; mengelamun. 2 berbuat sesuatu hingga khayal; berleka-leka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khayal (kata nama)
1. Bersinonim dengan angan-angan: bayangan, gambaran, maya, rekaan, fantasi,

2. Bersinonim dengan lelan: syok sendiri, lupa diri,

Kata Terbitan : berkhayal, terkhayal, khayalan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hallucinationhalusinasiPerubatanTiadaKhayalan terhadap sesuatu perkara, seolah-olah perkara tersebut wujud pada orang yang mengalami keadaan ini. Dalam keadaan begini, orang yang berkhayal itu seolah-olah dapat melihat, mendengar dan menyentuh perkara tersebut, sedangkan perkara tersebut tidak wujud dalam dunia nyata.
noisehingarKomunikasiKorporatSebarang unsur yang boleh mengganggu proses komunikasi yang sedang berlangsung. Gangguan boleh wujud dalam bentuk elektronik, komunikasi antara manusia, atau komunikasi bertulis. Jenis gangguan dalam komunikasi elektronik wujud dalam bentuk gangguan elektrik, mekanik, atau persekitaran seperti bunyi jentera dan kenderaan yang boleh menjejaskan kelancaran penyampaian maklumat secara elektronik terutama proses komunikasi yang menggunakan frekuensi elektromagnetik. Gangguan dalam komunikasi antara manusia boleh wujud dalam persekitaran semasa proses komunikasi berlaku. Contoh gangguan adalah seperti salakan anjing yang bertalu-talu, pergerakan di persekitaran yang tidak dijangka sema sesi ceramah berlangsung, atau penggunaan bahasa badan yang keterlaluan. Gangguan dalam komunikasi bertulis pula, boleh wujud seperti penggunaan ayat yang tidak lancar atau ayat yang bersambung-sambung yang dicetak pada halaman yang berbeza dan kelancaran ayat yang diganggu oleh kewujudan reka letak visual yang tidak sesuai. Secara umumnya, hingar boleh wujud dalam bentuk fizikal dan mental. Hingar mental boleh wujud dalam bentuk gangguan minda seperti memikirkan sesuatu yang tidak berkaitan dengan komunikasi yang sedang berlangsung atau berkhayal. Hingar boleh mewujudkan halangan atau berkomunikasi. Sekiranya paras hingar meningkat, maka paras keberkesanan komunikasi akan menurun.

Kembali ke atas