Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ki.lat] | برکيلت

Definisi : 1. memancarkan kilat, mengeluar­kan (menyinarkan) cahaya yg menyerupai kilat; 2. = berkilat-kilat, mengilat ber­sinar-sinar, bercahaya berkilap (gemerlap), berkilauan, gilap: beliau berpakaian Melayu warna hitam ~; ia menerkam dgn pisau yg berkilat-kilat di tangannya; belum ~ sudah berbalam, bulan sangkap tiga puluh prb perkara (hal) yg sudah cukup jelas (terang); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ki.lat] | برکيلت

Definisi : mengeluarkan kilat; bercahaya; berkilau: Kasutnya hitam ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkilat

Puisi
 

Sikat rambut berkilat-kilat,
     Tikar bantal dengan tilam;
Minum sedikit menjadi ubat,
     Tuan laksana air nilam.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Di luar berkilat di dalam berongga.

Bermaksud :

Lahirnya baik, batinnya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Di luar bagai madu, di dalam bagai empedu).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
antuilas Bj Spkertas berkilat dan berwarna-warni.Kepala penari-penari wanita akan dihiasi dengan korona, menyerupai mahkota yang diperbuat daripada kertas tebal yang ditutupi dengan kain kesumba, kemudian dihiasi pula dengan antuilas, iaitu kertas berkilat dan berwarna-warni.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
serawi MSbsejenis ikan air tawar, badannya berkilat-kilat dan ekornya berwarna merah.Omar makan. Berselera dia tengah hari itu badannya berpeluh. Pedas lada yang menjadi perencah ikan serawi yang menjadi lautnya itu terasa sedang oleh lidahnya.Utusan BorneoGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ilang Isejenis pedang.Ilang - iaitu sejenis keris panjang yang diperbuat daripada besi pilihan, matanya tajam berkilat. Ulu keris ini diperbuat daripada gading gajah yang dibentuk dengan ukiran-ukiran yang cantik. Di bahagian belakang mata keris ini dihiasi dengan bulu atau rambut manusia yang berumbai-rumbai.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
enseriban Ibsejenis ikan air tawar yang hidup di sungai atau danau-danau kecil di kawasan berpaya. Badannya bersisik dan berkilat.Saya berdiri di segi tikar rotan. Membawa seekor ayam berwarna menyerupai ikan enseriban. Bulu ekornya layu dan bahunya berlurah-lurahan.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
berencong MBrkain samping.Pakaian lelaki selalunya pakaian asli orang-orang Berunai, iaitu berpakaian baju Teluk Belanga yang diperbuat daripada kain sutera sebarang warna; berencong - daripada kain satin yang berkilat warnanya, berdastar yang diperbuat daripada kain yang disulami dengan benang-benang emas yang beraneka warna.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
badung Bj Sm, Ir, Tbsejenis senjata seperti parang.Mak Ining tidak boleh duduk diam lagi. Lebih gamat lagi apabila dia mendengar Turagai sudah berhari-hari mengasah badung pusaka ayahnya. Mata badung itu sudah berkilat. Ramai yang beranggapan, Turagai sekarang sudah dirasuk syaitan.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas