Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ki.lau] | برکيلاو

Definisi : bercahaya gemerlap, bercahaya berkilap: laut yg ~ oleh sinaran cahaya matahari; sinar permatanya gemerlap berkilau-kilauan; bintang di langit kilau-mengilau; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ki.lau] | برکيلاو

Definisi : , berkilauan mengeluarkan cahaya yg bersinar atau yg bergemerlapan; membalikkan sinar; bersinar-sinar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkilau


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya Kuhafeesah Rongso, sedang belajar di Universiti Fatoni kelas dasar. Saya ingin bertanya DBP, perkataan "Logam" berasal dari bahasa apa? dan apakah maknanya? Terimakasih.Kamus Dewan menakrifkan logam sebagai unsur kimia seperti besi, emas, perak, tembaga, dan lain-lain yang biasanya berkilau, namun tiada maklumat tentang asal kata tersebut.Tatabahasa22.09.2014
Selamat sejahtera, saya ingin bertanya adakah gemerlap ialah kata adjektif. Jika ya, saya terjumpa satu rujukan terbitan DBP (Tatabahasa Dewan Bentuk Kata m/s85) yang memberi satu contoh gemerlap ialah kata nama selepas berlaku proses sispan -em-. Saya ingin kepastian sahaja bukan mencari kesalahan. Terima kasih.Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 659), kata gemerlap diberikan dua kelas kata iaitu kata adjektif dan kata nama. Sila lihat takrifan entri ini.


gemerlap

kata adjektif
1 (bkn lampu, berlian, bintang dll) bersinar atau berkilau-kilau cahayanya:
Mahkotanya bertatahkan permata berlian yg gemerlap.


2 (bkn sso atau sst) cemerlang dan hebat krn banyak kejayaan dicapai atau dicipta dlm sst bidang:
Tahun ini, pasukan Cameron lebih gemerlap berbanding tahun lalu.


kata nama
3 cahaya yg bersinar atau berkilau-kilau pd lampu, berlian, bintang dll:
Tataplah gemerlap bintang-bintang yg bertaburan di langit malam.


4 sinar kecemerlangan atau kehebatan sso atau sst:
Gemerlap kehebatan pasukan itu yg mengungguli Liga Perdana kian terpancar.


Kelas kata yang digunakan adalah mengikut penggunaan dan konteks bagi kata tersebut.
Lain-lain30.06.2021

Kembali ke atas