Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.kua.sa] | برکواس

Definisi : 1. mempunyai kuasa (hak, wibawa), berhak atas sesuatu atau utk melakukan (mengurus dsb) sesuatu: sbg ketua, beliau ~ memutuskan perkara-perkara spt itu; mereka diperintahkan oleh pihak yg ~ supaya keluar dr situ; 2. mempunyai kemampuan, berke­mampuan, berkesanggupan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.kua.sa] | برکواس

Definisi : mempunyai kuasa; berhak atas sesuatu atau berhak melakukan sesuatu; dpt atau boleh melakukan sesuatu; berdaya; sanggup; mampu: Dia tidak ~ membuat kerja itu. Siapa yg sebenarnya ~ di sini? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kuasa
1. Bersinonim dengan daya
( kemampuan, keupayaan, kesanggupan, kebolehan, kudrat, tenaga, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan wibawa
( pengaruh, hak, mandat, daulat, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan kekuatan
( ketahanan, keagungan, kawalan, cengkaman, pengaruh, )
(kata nama:)

4. Bersinonim dengan sanggup
( minat, rela, mahu, hendak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : sekuasa-kuasanya, berkuasa, menguasai, menguasakan, kekuasaan, penguasaan, penguasa,

Peribahasa

Digantung tinggi,
     dibuang jauh.

Bermaksud :

Tidak berkuasa sedikit jua; lemah sekali.

 

Lihat selanjutnya...(62)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Nama saya Nasirah Usuf belajar bahasa melayu dasar ingin bertanya tentang bahasa melayu apakah makna berkuasa?Berkuasa membawa maksud: 1. mempunyai kuasa (hak, wibawa), berhak atas sesuatu atau untuk melakukan (mengurus dan sebagainya) sesuatu; 2. mempunyai kemampuan, berke­mampuan, berkesanggupan.Makna09.11.2015
tidak lagi berkuasa atau tidak berkuasa lagi?Kedua-duanya betul dan boleh digunakan bergantung kepada penekanan dalam ayat tersebut.Tatabahasa02.11.2009
Saya ingin dapatkan satu senarai nama-nama negeri seluruh malaysia dan juga nama Pihak Berkuasa Tempatan yang telah diwartakan. contoh. kerajaan negeri atau Kerajaan Negeri kerajaan negeri Pulau Pulau Pinang atau Kerajaan Negeri Pulau Pinang pihak berkuasa tempatan atau Pihak Berkuasa Tempatan. negeri Pulau Pinang atau Negeri Pulau Pinang. Setahu saya semua nama khas yang telah diwartakan hendaklah ditulis dengan huruf besar. Mohon dapat pihak tuan dapat membekalkan senarai penuh. terima kasih.Senarai yang tuan perlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Sila hubungi Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan atau layari laman web jabatan http://jkt.kpkt.gov.my/bm/main.php dan klik portal SUK & PBT. Betul seperti yang dimaklumi, setiap nama khas ditulis dengan huruf besar.Lain-lain02.02.2012
Saya ingin dapatkan satu senarai nama-nama negeri seluruh malaysia dan juga nama Pihak Berkuasa Tempatan yang telah diwartakan. contoh. kerajaan negeri atau Kerajaan Negeri kerajaan negeri Pulau Pulau Pinang atau Kerajaan Negeri Pulau Pinang pihak berkuasa tempatan atau Pihak Berkuasa Tempatan. negeri Pulau Pinang atau Negeri Pulau Pinang. Setahu saya semua naga khas yang telah diwartakan hendaklah ditulis dengan huruf besar. Mohon dapat pihak tuan dapat membekalkan senarai penuh. terima kasih.Senarai yang tuan perlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Sila hubungi Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan laman web jabatan http://jkt.kpkt.gov.my/bm/main.php dan klik portal SUK & PBT.Lain-lain02.02.2012
merujuk kepada frasa "Yang Maha Berkuasa" mengapakah "Yang" berhuruf besar? Adakah "Yang" bagi "Yang Maha Berkuasa" yang terletak di tengah-tengah ayat juga berhuruf besar?Frasa Yang Maha Berkuasa hanya digunakan bagi merujuk Allah SWT sahaja. Oleh itu, huruf pertama frasa tersebut mesti ditulis dalam huruf besar meskipun berada di tengah-tengah ayat.Tatabahasa07.12.2007
Penggunaan dari/daripada yang mana paling tepat? a) Kenderaan berkuasa stim pertama berjaya dihasilkan oleh pemuda bernama Thomas Newcomen daripada England. b) kenderaan berkuasa stim pertama berjaya dihasilkan oleh pemuda bernama Thomas Newcomen dari England.Ayat yang gramatis ialah: b) kenderaan berkuasa stim pertama berjaya dihasilkan oleh pemuda bernama Thomas Newcomen dari England. Kata sendi nama dari hadir di hadapan kata nama/frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah.Tatabahasa09.09.2011
Murid sekarang perlu berkuasa dalam bidang komputer untuk maju dalam pelajaran. munsyi, ADAKAH BERKUASA DALAM DALAM AYAT INI GRAMATIS? tERIMA KASIH SEKALUNG BUDI PIHAK DBPPerkataan yang betul dalam konteks ayat tersebut ialah menguasai.Tatabahasa16.04.2012
apakah maksud dominan?Makna dominan ialah: 1. berkuasa atau berpengaruh, men­dapat tempat atau kedudukan yg (berkuasa, berpengaruh, dsb; 2. (Bio) berkenaan sifat yg lebih kuat pengaruhnya yg diwarisi drpd salah satu induk (ibu bapa bagi manusia; 3. (Bio) berkenaan banyaknya spesies tertentu dlm sesuatu kawasan.Makna02.01.2013
Dalam kamus dewan keempat, ada satu contoh ayat seperti berikut "orang yang berkuasa ke atas orang lain." Adakah penggunaan "berkuasa ke atas" itu tepat? bukankah "ke atas" hanya digunakan untuk merujuk tempat? mohon penjelasan yang jelas daripada pihak andaSelamat ptg.

Penggunaan perkatan ke atas kurang tepat dalam konteks ayat di atas . Perkataan lain yang boleh digunakan ialah terhadap.  Sekian.
Istilah12.07.2016
Apakah kesalahan tatabahasa dalam ayat ini? Pihak berkuasa telah berjaya mengesan tempat sembunyi pendatang tanpa izin yang wujud di negara kita.Ayat yang betul ialah "Pihak berkuasa telah Berjaya mengesan tempat persembunyian pendatang tanpa izin di negara kita".Tatabahasa08.02.2015
12345678910...

Kembali ke atas