Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ku.bang] | برکوبڠ

Definisi : Kl bersepah-sepah (sampah, kain baju, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ku.bang] | برکوبڠ

Definisi : 1. berendam atau bergolek dlm air yg berlumpur (bkn kerbau, babi, dll): pergi juga ia bermain-main dlm lumpur dan ~ dlm sungai itu dgn sukanya; 2. ki bersarang, bertempat: dadanya tempat iblis ~; 3. ber­lumpur, bergelumang dgn lumpur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ku.bang] | برکوبڠ

Definisi : berendam dlm kubang (bkn kerbau dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kubang (kata nama)
Bersinonim dengan lubang berlumpur, lopak;,
Kata Terbitan : berkubang,

Puisi
 

Tanduk rusa bercabang dua,
     Kalau mandi berkubang jangan;
Dosa ini dosa semua,
     Kalau mati seorang jangan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Seruas tebu yang berulat,
     sebatangnya dibuang.

Bermaksud :

Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya, b. Seekor kerbau membawa lumpur, segala kerbau dikatakan membawa lumpur juga, c. Seekor kerbau membawa lumpur, habis mercik merata-rata, d. Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
wallown 1. act of wallowing, berkubang: the buffalo likes a ~ in the mud, kerbau suka berkubang dlm lumpur; have a ~, berkubang; 2. place where animals wallow, perkubangan, tempat berkubang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wallowvi 1. lie or roll about in mud or water, berkubang: buffaloes ~ing in the mud, kerbau-kerbau yg berkubang dlm lumpur; let’s go and ~ in the pool, mari kita pergi berkubang dlm kolam itu; 2. flounder, terumbang-ambing: the ship ~ed in the heavy seas, kapal itu terumbang-ambing di laut yg bergelora; 3. revel, tenggelam: she seems to be ~ing in her misery, dia nampaknya tenggelam dlm kesengsaraan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas